~Judi~

Segala puji kepada Allah atas kurniaan nikmat dan rahmat kepada  makhluk makhlukNya.Alhamdulillah.Saja nak share sedikit berita mengenai isu yang ada dibangkitkan penulis di site ini iaitu mengenai judi.Jadi sedikit feedback yang diberikan..sini

Judi beri kesan negatif, imej buruk kepada negara dengan majoriti rakyat beragama Islam

KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan khususnya pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 mendapat tentangan banyak pihak termasuk pemimpin Umno kerana ia akan memberikan kesan negatif dan imej buruk kepada negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata cadangan berkenaan bukan saja menjejaskan imej kerajaan, malah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.

“Kita sepatutnya berusaha untuk mengurangkan gejala judi dan juga pemberian lesen judi, walaupun secara sah atau haram, kegiatan judi ini banyak memberi kesan negatif kepada masyarakat. Sepatutnya kita cari jalan kurangkan budaya judi di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, bimbang sekiranya perjudian sukan itu dibenarkan ia akan mempengaruhi generasi muda termasuk pelajar kerana ia adalah sukan nombor satu negara.

Semalam akhbar melaporkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 awal Jun ini, bertujuan untuk mengelak kegiatan perjudian haram.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata semua bentuk judi termasuk pertaruhan bola sepak sempena Piala Dunia adalah haram dalam Islam.
Harussani berkata, beliau tidak nampak langkah itu mampu membantu kerajaan menyelesaikan masalah penganjuran kegiatan perjudian bola tanpa lesen yang dikatakan akan berleluasa menjelang Piala Dunia.

Tokoh agama yang juga bekas penasihat agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, pula berkata kerajaan tidak wajar meneruskan niat untuk mengeluarkan lesen pertaruhan sukan terutama sempena Piala Dunia kerana langkah itu menggalakkan masyarakat termasuk umat Islam terjebak dengan kegiatan perjudian.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip, dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam juga secara tegas membantah cadangan itu yang akan memberikan kesan negatif terhadap masyarakat.

Beliau berkata, sebarang bentuk pertaruhan adalah judi dan matlamat tidak boleh menghalalkan cara walaupun alasannya setiap hasil yang diterima boleh digunakan untuk pembangunan sukan dan ia juga menjadi suatu kesalahan mengikut undang-undang syariah di negara ini.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, berkata cadangan terbabit adalah tidak wajar dan bertentangan dengan ajaran Islam sekiranya ingin memperoleh kemakmuran

Ulasan penulis:

Sepatutnya orang atasan perlu memikirkan implikasi dari tindakan mereka ini sedalam dalamnya sebelum meluluskannya.Pemimpin yang beragama Islam sepatutnya lebih agresif dalam mempertahankan stand mereka.Penulis berharap kerajaan akan segera menganalisi balik keputusan ini dan berharap mereka menarik balik kelulusan yang diberikan kepada Berjaya Group.Percayalah ,sekali tindakan seperti ini diluluskan,pasti akan ada demand yang lain untuk meng’halal’kan judi mereka.Islam the way of life.Pasti tidak akan membebankan sesiapa pun.Kecewa dengan tindakan yang agak tergopoh gapah ini~

“Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin”[51:55]

Advertisements

3 Comments »

  1. Iman Said:

    Salam… jadi kerajaan dah tarik balik lesen tu ke belum?

  2. ozon89776 Said:

    Tak pasti..rasa belum ada pape tindakan dibuat..semalam ada perhimpunan membantah tindakan ni..kene tunggu skit masa la..mudah mudahan ada tindakan yg lebih baek dibuat..

  3. Jamal Rafaie Said:

    Judi bola dah batal.. Patutnya kerajaan jangan kuarkan idea pasal benda2 haram ni.. Nanti makan diri sendiri.. Sape tak marah pasal judi ni.. Harap2 pasni, sport toto plak diharamkan..


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: