~Tolonglah~

Bismillahirahmanirahim

Segala puji ku rafakkan kepada Allah atas segala nikmat dan kurniaNya kepadaku dan seisi makhluk di muka bumi ini.Alhamdulillah,penulis baru sahaja pulang dari program mabit wida’ dengan ikhwah tercinta sebentar tadi yang turut disertai oleh seorang ex UTP yang kini bergelar lecturer di UniMap.Syukur.

Di sini teringin penulis mengulas sedikit isu mengenai isu semasa mungkin.Ini bukan bicara politik.Penulis tidak akan menulis dalam perspektif politik.Ia nya berkenaan Judi dan Lesen.Pastinya ramai di antara pembaca yang telah membaca berita ini,di mana Timbalan Menteri Kewangan Malaysia,Datuk Dr Awang Adek mengeluarkan statement untuk membenarkan pertaruhan sempena Piala Dunia yang semakin hampir.

Penulis membangkang sekeras keras perbuatan ini kerana telah termaktub dalam dustruna ,Al Quran bahawa judi itu adalah haram.Tidak kira apa pun sekali,hukumnya tetap haram.

“Wahai orang orang yang beriman!Sesungguhnya minuman keras,berjudi,berkurban untuk berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan yang keji dan termasuk perbuatan setan.Maka jauhilah(perbuatan perbuatan) itu agar kamu beruntung”[5:90]

Bagi penulis,adalah dangkal alasan yang diberikan untuk mengatasi masalah perjudian tanpa lesen.Sepatutnya jika mereka berjudi,itu hak mereka.Janganlah kita campur urusan mereka.Maksud penulis di sini,kita perlu memberitahu mereka bahawa judi itu haram,tetapi jika mereka masih meneruskannya,apa yang mampu kita lakukan.Tangkaplah.Tapi bila tiba tiba kita masuk campur dengan memberi lesen,ini seolah olah  kita membenarkan perbuatan mereka.Dan secara tidak langsung terlibat dan bersubahat dalam perbuatan yang dimurkai Allah ini.

Jadi,diharapkan Timbalan Menteri tersebut,dapatlah reconsider ayat ayat yang telah dikeluarkan.”Kalau tersalah type,boleh didelete,tersalah cakap,buruk padahnya”.(pelik je bunyinya).Kalau untuk generate wang dari situ,tidak perlu lah.Banyak lagi sumber pendapatan yang Malaysia ada.Perlancongan,Perindustrian Kecil dan Sederhana,ada Sukan,ada Khazanah Dalam Bumi.Subhanallah banyak sekali nikmat yang kita ada.Tidak perlulah generate ekonomi dari perlesenan perjudian ini.Dan jika ini dilakukan disebabkan untuk tarikan undi orang Cina,yang rata ratanya memonopoli aktiviti pertaruhan ini,jadi kamu boleh lah tunggu kehilangan sokongan orang Islam yang lain.Penulis diantaranya.

Bagaimana negara hendak maju apabila semua yang dilakukan dibuat sesuka hati,tanpa ada guideline yang sesuai.Akal kita sahaja tidak akan mampu untuk berfikir baik buruk setiap perkara.Jadi kembali lah kepada Syariat Allah.Allah sudah pun membantu kita dalam menggalas tugas sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.

“Dan dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah khalifah di bumi dan Dia yang mengakat derajat sebagian kamu di atas yang lain,untuk mengujimu atas karunia yang diberikanNya kepadamu.Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh dia Maha Pengampun Maha Penyayang”[6:165]

Alhamdulillah.Akhirnya sempurna

Wallahuallam

“Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin[51:55]

Advertisements

6 Comments »

  1. ~izzati amri~ Said:

    huhuhu~

    teringat lagu akidah sudah rosak by mawaddah~

  2. apit85 Said:

    post yg agk menarik…
    “politik dan agama xblh dpshkn”
    😉

    • ozon89776 Said:

      thanx
      benar..politik dan agama tidak dpt dipisahkan..
      tapi politik kepartian dan agama perlu dipisahkan..just pendapat..

  3. ibnu_ghazali Said:

    salam..

    herm..mungkin dah jadi norma zaman sekarang.bila dah tak jumpa penyelesaian untuk mengurangkan jenayah.maka,keputusan mereka untuk menghalalkan perkara tersebut.bagi yang nak buat maksiat dan langgar perintah tuhan,maka terpulanglah bagi mereka untuk buat lesen.kerajaan merasakan bahawa dosa rakyat,bukan dosa mereka pun..

    tapi pasal politik,agama memang telah menggariskan cara-cara untuk berpolitik dengan baik sebenarnya.kalau tengok rasulullah saw,baginda memberikan teguran tanpa sedikit pun menyakiti hati orang yang ditegur.kalau dicakapkan kepada umum,tak pernah langsung disebut namanya.dan baginda memberikan pendapat dan pandangan dengan berdasarkan dalil,bukan hujah akal semata.para sahabat pun sama..

    tapi sekarang..rasanya tak macam tu kot.cakap main lepas je.tak kira lah ahli politik berpendidikan agama ataupun tidak.nafsu diletakkan didepan
    wallahua’lam

  4. ozon89776 Said:

    salam..
    trima kasih akh atas komen..
    ya..ana pasti politik rasulullah politik terbaik..bagaimana baginda mentadbir negara..instead of caci maki,fitnah,baginda menunjukkan contoh yg baik,akhlak yang mulia,budi pekerti yang menawan untuk menawan hati hati rakyatnya..subhanallah..cantik sungguh..

    tapi kes judi ni sptotnya tidak begini,selaku orang islam dan majoriti rakyat yang beragama islam,kes ini pasti menyentuh sensitiviti rakyat..sptotnya pihak bekenaan pk scara medalam kes ini.papepun,masih menantikan keterangan lanjut dr kerajaan mengenai hal ni..

    wallahuallam


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: