Archive for May 11, 2010

~Polis~

Bismilahirahmanirahim

Segala puji ku berikan kepada Allah atas segala nikmat yang terlampau banyak diberikan kepada makhluk makhluk ciptaanNya.Alhamdulillah.

Heboh Malaysia baru baru ini dengan kes seorang remaja lelaki berusia 15tahun ditembak mati di kepala oleh seorang anggota polis.Tiba tiba semua politician keluar statement,menghentam pihak ini dan menyalahkan pihak sana.Dan kedengaran juga pelbagai versi cerita yang dikeluarkan di berita berita sama ada suratkhabar ataupun website website di internet.Ada juga pihak yang cuba menangguk di air yang keruh.

Minggu lepas ,penulis berkesempatan untuk balik ke rumah,di Melaka.Dan untuk makluman,ayah penulis ialah seorang anggota polis,anggota polis senior yang insyaallah akan menamatkan perkhidmatannya dalam tahun ini.Jadi penulis berkesempatan untuk menanyakan kes ini kepada beliau.Jawapan beliau ialah “Polis boleh menembak suspek yang mencurigakan jika ada ancaman yang ditunjukkan oleh suspek.Jika tiada ancaman oleh suspek,maka anggota polis itu tidak boleh melepaskan tembakan sebarangan”

Jadi selepas mengikuti perkembangan kes ini,adalah beberapa versi cerita yang dapat didengar,antaranya remaja tersebut telah belanggar dengan kenderaan yang lain dan meluncur laju untuk melarikan diri.Apabila bertembung dengan polis,remaja itu cuba melarikan diri dari polis.Dan berlakulah kejadian tersebut.Dan cerita lain pula,semasa melarikan diri,remaja tersebut mengundur dan dan seperti mengancam pihak polis untuk melanggarnya.Disebabkan cerita yang kurang konsisten,akhirnya saksi telah ditemui beberapa kali untuk mendapatkan kepastian.

Berita hari ini memaparkan anggota polis yang terlibat itu telah di tahan dan di dakwa atas kesalahan yang dilakukan.Walaubagaimanapun beliau tidak mengaku bersalah.sini

Tujuan penulis menulis entry kali ini mungkin sebagai respon terhadap sesetengah sahabat yang ada membincangkan isu ini.Kebanyakan antara mereka terus sahaja menyalahkan polis kerana menyebabkan remaja yang bernama AminulRasyid itu terbunuh.

Apabila dibaca baca semula,penulis percaya,kita tidak boleh menyalahkan polis 100% dalam hal ini.Ini kerana,tindakan remaja tersebut sangatlah mencurigakan.Cuba anda bayangkan apabila anda seorang anggota polis,pada pukul 2 pagi,dan kereta dipandu dengan laju.Apabila anda menyuruhnya berhenti,dia makin memecut.Sudah tentu anda mengesyaki dia melakukan sesuatu yang tidak elok bukan?Kemudiaannya,remaja terbabit hanya berumur 15tahun dan sudah membawa kereta tanpa kebenaran keluarga di tengah malam.Apa apa pun,ia tetap suatu kesalahan dan tidak sepatutnya seorang remaja berusia 15tahun yang berada di situ.

Jadi,penulis mengharapkan,anda dapat memikir secara rasional dan tunggulah sehingga laporan siasatan itu keluar.Banyak cacian dan kejian terhadap polis yang penulis rasa cuba berkhidmat sebaik mungkin dalam memastikan keamanan.Ingatlah kita hidup di dunia ini tidak selalu di atas.Ada ketikanya pasti kita akan berada di bawah.Mungkin hari ini anda selesa.dan mungkin juga hari kemudian anda memerlukan polis yang anda selalu caci itu.Baru baru ini ada kisah yang membuatkan penulis tergelak seorang diri.Suatu ketika dahulu,adalah seorang figure ini mencaci polis dan mengeji dengan memanggil polis sebagai “Anjing” di dalam blognya.Tetapi,pabila menerima ugutan ,lantas dilaporkan ” kepada pihak polis.Kenapa pergi lapor ke “anjing tu??Inilah maksud penulis,hidup kita bukan sentiasa di atas.

Apa apa pun,penulis mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan harapnya kelaurga mangsa dapat bersabar dengan dugaan yang Allah berikan ini.Sesungguhnya maut itu pasti.Waktu bila sahaja yang kita tidak tahu.

“Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah ,sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya..”[3:145]

Semoga yang terbaik kepada keluarga mangsa dan juga anggota polis terbabit.

Alhamdulillah.Akhirnya sempurna.

Wallahuallam

“Dan tetaplah memberi peringatan karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin”[51:55]

Advertisements

~Tolonglah~

Bismillahirahmanirahim

Segala puji ku rafakkan kepada Allah atas segala nikmat dan kurniaNya kepadaku dan seisi makhluk di muka bumi ini.Alhamdulillah,penulis baru sahaja pulang dari program mabit wida’ dengan ikhwah tercinta sebentar tadi yang turut disertai oleh seorang ex UTP yang kini bergelar lecturer di UniMap.Syukur.

Di sini teringin penulis mengulas sedikit isu mengenai isu semasa mungkin.Ini bukan bicara politik.Penulis tidak akan menulis dalam perspektif politik.Ia nya berkenaan Judi dan Lesen.Pastinya ramai di antara pembaca yang telah membaca berita ini,di mana Timbalan Menteri Kewangan Malaysia,Datuk Dr Awang Adek mengeluarkan statement untuk membenarkan pertaruhan sempena Piala Dunia yang semakin hampir.

Penulis membangkang sekeras keras perbuatan ini kerana telah termaktub dalam dustruna ,Al Quran bahawa judi itu adalah haram.Tidak kira apa pun sekali,hukumnya tetap haram.

“Wahai orang orang yang beriman!Sesungguhnya minuman keras,berjudi,berkurban untuk berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan yang keji dan termasuk perbuatan setan.Maka jauhilah(perbuatan perbuatan) itu agar kamu beruntung”[5:90]

Bagi penulis,adalah dangkal alasan yang diberikan untuk mengatasi masalah perjudian tanpa lesen.Sepatutnya jika mereka berjudi,itu hak mereka.Janganlah kita campur urusan mereka.Maksud penulis di sini,kita perlu memberitahu mereka bahawa judi itu haram,tetapi jika mereka masih meneruskannya,apa yang mampu kita lakukan.Tangkaplah.Tapi bila tiba tiba kita masuk campur dengan memberi lesen,ini seolah olah  kita membenarkan perbuatan mereka.Dan secara tidak langsung terlibat dan bersubahat dalam perbuatan yang dimurkai Allah ini.

Jadi,diharapkan Timbalan Menteri tersebut,dapatlah reconsider ayat ayat yang telah dikeluarkan.”Kalau tersalah type,boleh didelete,tersalah cakap,buruk padahnya”.(pelik je bunyinya).Kalau untuk generate wang dari situ,tidak perlu lah.Banyak lagi sumber pendapatan yang Malaysia ada.Perlancongan,Perindustrian Kecil dan Sederhana,ada Sukan,ada Khazanah Dalam Bumi.Subhanallah banyak sekali nikmat yang kita ada.Tidak perlulah generate ekonomi dari perlesenan perjudian ini.Dan jika ini dilakukan disebabkan untuk tarikan undi orang Cina,yang rata ratanya memonopoli aktiviti pertaruhan ini,jadi kamu boleh lah tunggu kehilangan sokongan orang Islam yang lain.Penulis diantaranya.

Bagaimana negara hendak maju apabila semua yang dilakukan dibuat sesuka hati,tanpa ada guideline yang sesuai.Akal kita sahaja tidak akan mampu untuk berfikir baik buruk setiap perkara.Jadi kembali lah kepada Syariat Allah.Allah sudah pun membantu kita dalam menggalas tugas sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.

“Dan dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah khalifah di bumi dan Dia yang mengakat derajat sebagian kamu di atas yang lain,untuk mengujimu atas karunia yang diberikanNya kepadamu.Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh dia Maha Pengampun Maha Penyayang”[6:165]

Alhamdulillah.Akhirnya sempurna

Wallahuallam

“Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin[51:55]