~Hari Sabtu ku~

Alhamdulillah.Masih dizinkan oleh Tuhan untuk diri ini menaip entry kedua pada hari ini.Saja nak berkongsi cerita sewaktu penulis berada di luar kawasan kampus semalam.

Selepas briefing internship semalam,penulis terus meluncur laju ke kedai motosikal untuk membaiki motor yang mempunyai sedikit masalah setelah sekian lama.Jadi,semasa dalam perjalanan menuju ku Village 3A,penulis terserempak dengan Sap dan Mus(bukan nama sebenar).Lantas penulis ditawarkan untuk mengikut mereka  ke luar untuk survey tempat tempat dinner(Dinner Cheme Jan 07) yang bersesuaian.

Sebanyak 3 tempat telah dilawati dan pelbagai feedback diperoleh.Tapi tempat tidak boleh diberitahulah.Nant tak surprise la.(Surprise a sgt..).Destinasi seterusnya adalah ke Ipoh.Jaya Jusco menjadi pilihan kami.Semasa berada di sana,penulis berkesempatan untuk masuk ke MPH(bukan Multipurpose hall UTP ye) sambil sambil membelek buku yang ada di sana.Ada 2 3 buku berjaya menarik hati,tetapi apakan daya,duit di dalam wallet yang tidak cukup menarik.Takpe,insyaallah lepas exam nant,nak tangkap gak buku buku berkeliaran tu.hoho.Dan yang menarik perhatian penulis ialah…

Abang kacak yang membelek2 buku

Mustaqim yang  kacak.Apa yang diperhatikan??

haaa...

hahaha..Gurau gurau je.

Sebelum ke destinasi seterusnya,penulis sempat menyambar sesuatu untuk dibawa pulang.Bende yang telah diidam sejak sekian lama.Tapi hanya kali ini dapat membawa nya pulang.Alhamdulillah

ini diaaaa...

Simple and takdelah baru sangat bende ni.Malah da dianggap ketinggalan zaman da pun.Tapi,penulis sangat berharap kewujudan bende ini dapat membantu penulis dalam kehidupan seharian.Bantu apa??Banyak kegunaannya..

Dari JJ,kami bergerak ke dataran Ipoh untuk makan malam dan seterusnya ke Gerbang Malam untuk membeli sedikit barang yang lain.Di sana,ada seorang peniaga yang berjaya menarik perhatian orang ramai,dengan menyatakan pelbagai perkara pelik.Ada tumbuhan yang boleh begerak,melompat lompat dan merangkak seperti haiwan,ada haiwan yang bersisik tetapi hidup di darat serta mempunyai bayangan muka manusia di atas kepalanya dan macam macam lagi.Kami  melekat disitu dalam 30minit dan ke atas.Sungguh hebat  pakcik tu mengekalkan minat para pendengar.Kalau ambik PCS,sudah tentu lulus persuasive presentation dengan jayanya.Tak macam aku..huhuh..hehe.

Bila nak difikir fikirkan,rasa macam tertipu la pulak bila melihat haiwan yang ditunjukkan.Tapi bila fikir dalam dalam,memang benar pun apa yang pakcik tu kata kan.Kebenarannya,penulis pun jadi pening lantas meninggalkan kelompok yang ramai itu.Dan terus membeli belah=)

Kelihatan begitu ramai anak muda berjalan bersiar di Gerbang Malam itu,ada seperti kami,beramai ramai dalam kelompok lelaki,ada juga yang ber”sikit” “sikit” dengan pasangan masing masing.Tidak risau kah emak si gadis apabila anak gadis nya keluar lewat malam bersama lelaki ya?Hurm..secara logiknya patut risau,tapi wallahuallam.Penulis pun belum mempunyai anak.Tapi kepada pembaca sekalian,inilah tanggungjawab yang diperturunkan kepada kita.Pabila mempunyai cahaya mata kelak,jagalah seeloknya.Ambil berat,seberat beratnya.Dan jangan lupa diri kita juga.Apabila berdua duaan,lelaki dan perempuan,pasti akan yang ketiganya,Syaitan.Even Nabi Adam dan Hawa tewas dek pujukan syaitan.Apatah lagi kita.Jadi berwaspada lah.

Penulis sampai ke UTP agak lewat ,dalam 1lebih.UTP kelihatan masih sibuk dengan bilangan kereta keluar masuk.Mungkin ada jamuan yang dihadiri mereka.Entahlah.Penulis sendri tidak pasti.Tetapi yang pastinya,satu hari penulis tiada di bilik,dan minggu untuk stadi sudah bermula.Mood oooo mood.,mai la sini oii..Jom study…….bila mood datang..haha

Salam final exam dari penulis yang jauh di V3A-UTP

8 hari untuk  stadi sebelum first paper~

wallahuallam

Advertisements

4 Comments »

  1. yanol Said:

    uuu..bestnye pat g jale2..hehe

    amin,bape hrga mp3 yg ko beli tu?
    ak pn da lame mengidam. tp asek dpt mp4 j.xbest..haha~

    • ozon89776 Said:

      memang best jale2..(cm ore klate da ak ni..haha)

      hurm..harganya rm159..tp pas aku ugut brader yang jual tu..
      dia kasi a rm150..hehe..2tahun warranty
      uish..tak bek lama2 mengidam woo..hahah..
      smlm cari2 tak byk pn mp3..byk mp4..

  2. sap Said:

    pakcik ubat resdung 2 paling imba!!!
    nk dekat 2 jam ulang mnde yg same je

    😀

    • ozon89776 Said:

      tu a pasal..pdahal jalan cite sama je,tu pun orang leh lepak situ lama gle..
      mantap2..hahah


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: