Archive for May 9, 2010

~Hari Sabtu ku~

Alhamdulillah.Masih dizinkan oleh Tuhan untuk diri ini menaip entry kedua pada hari ini.Saja nak berkongsi cerita sewaktu penulis berada di luar kawasan kampus semalam.

Selepas briefing internship semalam,penulis terus meluncur laju ke kedai motosikal untuk membaiki motor yang mempunyai sedikit masalah setelah sekian lama.Jadi,semasa dalam perjalanan menuju ku Village 3A,penulis terserempak dengan Sap dan Mus(bukan nama sebenar).Lantas penulis ditawarkan untuk mengikut mereka  ke luar untuk survey tempat tempat dinner(Dinner Cheme Jan 07) yang bersesuaian.

Sebanyak 3 tempat telah dilawati dan pelbagai feedback diperoleh.Tapi tempat tidak boleh diberitahulah.Nant tak surprise la.(Surprise a sgt..).Destinasi seterusnya adalah ke Ipoh.Jaya Jusco menjadi pilihan kami.Semasa berada di sana,penulis berkesempatan untuk masuk ke MPH(bukan Multipurpose hall UTP ye) sambil sambil membelek buku yang ada di sana.Ada 2 3 buku berjaya menarik hati,tetapi apakan daya,duit di dalam wallet yang tidak cukup menarik.Takpe,insyaallah lepas exam nant,nak tangkap gak buku buku berkeliaran tu.hoho.Dan yang menarik perhatian penulis ialah…

Abang kacak yang membelek2 buku

Mustaqim yang  kacak.Apa yang diperhatikan??

haaa...

hahaha..Gurau gurau je.

Sebelum ke destinasi seterusnya,penulis sempat menyambar sesuatu untuk dibawa pulang.Bende yang telah diidam sejak sekian lama.Tapi hanya kali ini dapat membawa nya pulang.Alhamdulillah

ini diaaaa...

Simple and takdelah baru sangat bende ni.Malah da dianggap ketinggalan zaman da pun.Tapi,penulis sangat berharap kewujudan bende ini dapat membantu penulis dalam kehidupan seharian.Bantu apa??Banyak kegunaannya..

Dari JJ,kami bergerak ke dataran Ipoh untuk makan malam dan seterusnya ke Gerbang Malam untuk membeli sedikit barang yang lain.Di sana,ada seorang peniaga yang berjaya menarik perhatian orang ramai,dengan menyatakan pelbagai perkara pelik.Ada tumbuhan yang boleh begerak,melompat lompat dan merangkak seperti haiwan,ada haiwan yang bersisik tetapi hidup di darat serta mempunyai bayangan muka manusia di atas kepalanya dan macam macam lagi.Kami  melekat disitu dalam 30minit dan ke atas.Sungguh hebat  pakcik tu mengekalkan minat para pendengar.Kalau ambik PCS,sudah tentu lulus persuasive presentation dengan jayanya.Tak macam aku..huhuh..hehe.

Bila nak difikir fikirkan,rasa macam tertipu la pulak bila melihat haiwan yang ditunjukkan.Tapi bila fikir dalam dalam,memang benar pun apa yang pakcik tu kata kan.Kebenarannya,penulis pun jadi pening lantas meninggalkan kelompok yang ramai itu.Dan terus membeli belah=)

Kelihatan begitu ramai anak muda berjalan bersiar di Gerbang Malam itu,ada seperti kami,beramai ramai dalam kelompok lelaki,ada juga yang ber”sikit” “sikit” dengan pasangan masing masing.Tidak risau kah emak si gadis apabila anak gadis nya keluar lewat malam bersama lelaki ya?Hurm..secara logiknya patut risau,tapi wallahuallam.Penulis pun belum mempunyai anak.Tapi kepada pembaca sekalian,inilah tanggungjawab yang diperturunkan kepada kita.Pabila mempunyai cahaya mata kelak,jagalah seeloknya.Ambil berat,seberat beratnya.Dan jangan lupa diri kita juga.Apabila berdua duaan,lelaki dan perempuan,pasti akan yang ketiganya,Syaitan.Even Nabi Adam dan Hawa tewas dek pujukan syaitan.Apatah lagi kita.Jadi berwaspada lah.

Penulis sampai ke UTP agak lewat ,dalam 1lebih.UTP kelihatan masih sibuk dengan bilangan kereta keluar masuk.Mungkin ada jamuan yang dihadiri mereka.Entahlah.Penulis sendri tidak pasti.Tetapi yang pastinya,satu hari penulis tiada di bilik,dan minggu untuk stadi sudah bermula.Mood oooo mood.,mai la sini oii..Jom study…….bila mood datang..haha

Salam final exam dari penulis yang jauh di V3A-UTP

8 hari untuk  stadi sebelum first paper~

wallahuallam

Advertisements

~Kasih Ibu~

Bismilahirahmanirahim

Segala puji ku rafakkan untukMu Tuhan yang Maha Pemurah atas segala kurniaan nikmat dan rahmat kepada kami ,hambaMu yang hina dan lemah.Alhamdulillah,Kau basahkan bumi UTP dengan hujan rahmatMu dari kekeringan dek sejatan oleh Sang Matahari.Alhamdulillah

Lirik Kasih Ibu – Burn

Ketika aku dibelai
Kasih sayang mu terindah
Kau tersenyum bila melihat diri ini

Kini ku telah dewasa
Kasih dirimu tak berbelah bagi
Hanya pada diriku

Seharum bunga indah
Pelukanmu itu sayang
Bak awan biru melindungiku

Hanyalah kasihmu
Yang aku perlu
Tiada duanya untuk kubandingkan darimu

Hanyalah kasihmu…. ohh ibu
Biarlah bersemadi dalam hati
Buat selamanya ohhhh

Kau ternilai bagi diri
Kesungguhanmu mendewasakanku
Andai semua berubah akhirnya
Sinarmu hilang selamanya
Ohh…

Ku dedikasikan lagu ini kepada Ibu ku,Puan Zaliha bte Abdullah.Terima kasih atas pengorbananmu selama ini.Aku pasti aku tidak akan pernah mampu untuk membayar segala budimu kepadaku.Hanya Allah yang mampu tuk membalasnya.Pada ku,setiap hari adalah hari ibu.Tidak ada hari yang kasih sayangku kepada mu berkurang.Dan pastinya akan sentiasa bertambah.Dan terima kasih ya Allah,kerana mengurniakan kasih sayang ini kepada ku melalui ibu.Alhamdulillah

Ya Allah,Ampunilah dosa ku dan kedua ibu bapa serta berilah rahmat ke dua duanya seperti mereka membela aku daripada kecil

Amin~

Dan tidak lupa juga,selamat hari ibu kepada ibu ibu yang lain serta bakal bakal ibu.hoho..

Alhamdulillah.Akhirnya sempurna

Wallahuallam

Dan tetaplah memberi peringatan karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin“[51:55]