Archive for May 5, 2010

~Semester Jan 2010~

Bismillahirahmanirahim

Segala puji kepada Allah ,dengan izin dan rahmatNya ,masih lagi mampu aku menaip pada hari ini,dalam wordpress yang amat baru buat aku,masih lagi mampu bernafas dengan oksigen kepunyaanNya,dan masih lagi mampu mengeluarkan Carbon Dioxide ke alam sekitar yang juga kepunyaanNya.Alhamdulillah

Jadi,setelah tamat Interview Transport Phenomena tadi,berakhirlah sudah secara rasminya kelas kelas untuk semester Jan 2010 ini.Syukur.Untuk semester ini,sebanyak 6subjek yang telah diambil.Transport Phenomena,Process Plant Design,Control Process and Dynamic Control,Engineering Economics,Engineering Team Project dan juga Professional Communication Skill.

Sesi akademik

Subjek yang aku paling minat untuk semester ini ialah Transport Phenomena(TP).Mengapa?Pada awalnya,subjek ini sangatlah menguji minda dan kesabaran dek kerana kesulitan untuk memahami apa yang sebenarnya hendak disampaikan lecturer melalui sylibusnya.Dan keputusannya,markah Test 1 hanyalah 8.Bukan per 10,tetapi per 60.Inilah result yang paling teruk pernah dicapai dalam sejarah hidup.Rasa down teramat sangat.Malah housemates yang lain pula dapat markah yang boleh dibanggakan.Alhamdulillah,dengan sedikit moral yang tinggal dalam diri ni,dengan nasihat yang diberikan lecturer serta keluarga,aku cuba untuk membaiki prestasi dalam TP.Syukur untuk 2 test seterusnya,aku berjaya memperoleh markah atas 50.Selepas interview tadi,ada lagilah peningkatan pada markah tersebut.

Untuk subjek yang paling mengujakan,Professional Communication Skills(PCS).Aku bab bab presentation ni memang down sikit.Dan dapat lak lecturer yang agak strict.Apa nak wat,Terpaksa lah hadapi dengan senyuman.Tadi pas jumpa Dr Sumathi untuk feedback,untuk persuasive presentation memang hancus.Banyak yang aku terlepas pandang.And mengikut Dr Sumathi dia expect aku buat lebih baik dari tu sebab masa technical presentation masa itu,ok la juga presentation aku.Dan ayat paling aku cam kesalkan sangat “You miss the grade because of persuasive presentation”.Argh.Cam nak buat balik je presentation tu.Hehe.Takpe.Cuba sabarkan diri.Grade not everything,Allah lebih tahu apa yang berlaku.Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan aku mendapatkan gred yang baik untuk PCS.

Presentation

Secara overallnya,semester ini boleh la dikatakan sebagai agak memuramkan.Banyak bende dirancang tidak menjadi.Masalah akademik,masalah sosial,masalah hati,kehilangan sahabat perjuangan.Tapi insyaallah,kita tidak sepatutnya melihat pada sudut negatifnya.Cari positifnya walaupun nampak cam tidak ada.

Semester Jan 2010 ini merupakan semester terakhir aku before ke Latihan Industri(Internship).Sehingga hari ini,5th May 2010,aku masih belum ada placement internship lagi.hoho.Offer ada lah beberapa,Kerteh,Petronas MITCO,PETRONAS fertilizer,PETRONAS Lubricant,tetapi PETRONAS Penapisan tetap di hati.Semoga diizinkan Allah untuk berpraktikal di sana.Kat Melaka terjamin sikit.Ada keluarga.Ada saudara yang akan memastikan aku tidak terpesong dari landasan sebenar.Mudah mudahan

Jadi,untuk menutup sesi akademik Cheme Jan 07(CJ7),esok hari khamis,akan diadakan Cheme Premier League 2010,anjuran Zaki Saeed Bahakim dan rakan rakan.Edisi ini adalah edisi kedua di mana yang pertamanya dijuarai oleh Team Oreo.Kawan kawan,nantikan kehadiran Chemical Assesment.Nantikan kejutan dari kami(kejutan ke??haha).Marik kita saksikan secara langsung jam 8.00pagi,di Gelanggang Futsal V5.Ayuh..!!

Logo rasmi CPL2010

Wallahuallam

Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin“[51:55]

Advertisements