Archive for May 3, 2010

~Dunia~

Bismilahirahmanirahim
Sedikit perkongsian untuk semua.Bersama kita hayati
Dunia
Oh Dunia.
Indahnya Engkau di mataku
Pelbagai kepuasan pelbagai kegembiraan
Bisa ku peroleh.
Aku bahagia
Aku gembira
Berdiri duduk bersamamu wahai dunia
Ingin aku hidup selamanya denganmu
Ingin aku terus lari bermain di atas mu
Dan ingin aku  untuk terus mendambaimu..
Dan terus mencintaimu
Tapi
Dunia tetap dunia.
Kehidupan tetap kehidupan.
Dunia yang kusangka akar kegembiraanku
Akhirnya menjadi racun..
Meracuni seluruh kehidupan ke di dunia yang sana.
Oh Dunia
Mengapa Engkau membuat aku begini.
Dahulu aku gembira bersama kau.
Dan kini,semua kegembiraan aku dahulu
Menjadi kedukaan buatku
“Tuhan..hidupkan aku semula!!Aku mahu bertaubat !!!!”
Aku silap
Aku salah.
Itu bukanlah dunia yang sebenar,
Itu hanya permainan untuk sementara.
“Kenapa aku tertipu dengan kau wahai dunia”
Kau tawarkan wang ringgit,
Kau tawarkan wanita wanita yang menggiurkan
Kau tawarkan hiburan tanpa henti
Kau tawarkan kehidupan tanpa beban.
Kau tawarkan segala galanya buatku
Hingga aku lupa tanggungjawab aku ..
Hingga aku tinggalkan amanah tuhan kepada ku.
Menjadikan aku seorang yang lalai dan leka
“Ya Allah..Aku bertaubat..Aku bersalah”
“Bangkitkanlah aku..Aku takut..Panas!!!”
“Aku akan kembali kepada Mu semula..”
“Aku janji aku akan taat kepada Mu”
“Aku akan jadikan Quran Hadis pedoman KU”
“Aku takkan lupakan urusan dakwah agamaMu”
“Ya Allah..berilah aku peluang!!!
Ya Allah!!!Panas!!
Wahai kawan kawan ku,marilah kita bermuhasabah,menghisab diri kita semula,sudah berapa lama kita asyik mengingati dunia,mendambai dunia ini.Hingga kadang kadang kita lupa akan tujuan asal kita diciptakan di dunia ini.Untuk peringatan kita diwujudkan di dunia ini bukanlah tanpa tujuan,sebaliknya adalah untuk beribadat dan juga menjadi khalifah di dunia ini
Maka apakah kamu mengira bahawa kami menciptakan kamu main main dan bahwa kamu tidak dikembalikan kepada Kami?”[23:115]
Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku”[51:55]
Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan diangkat darjat sebagian kamu di atas yang lain untuk mengujimu atas karunia yang diberikan Nya kepadamu.Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang”[6:165]
Kita masih mempunyai masih masa bertaubat kecuali roh sudah di leher dan matahari terbit dari barat.Jadi insyaallah,gunakan sepnuhnya masa ini untuk kita kembali semula ke jalan yang benar.Kita tidak akan mengetahui apa yang akan berlaku esok,malam ini ,siang ini,mahupun selepas ini.Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat.
Sedikit peringatan untuk diri sendiri dan kawan kawan.Insyaallah
“Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ampunkan lah dosa kami
Sesungguhnya kami hamba Mu yang lalai,
Yang hina,yang sering lupa diri,
Dan sering melupakanMu.
Terimalah taubat kami,
agar hati ini bersih
sebelum hati ini,
dipulangkan semula kepada pemiliknya”
Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang orang yang bertakwa.Tidakkah kamu mengerti?[6:32]
,Alhamdulillah .Akhirnya sempurna
Wallahuallam

Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin“[51:55]

Advertisements

~Percubaan pertama~

Bismilahirahmanirahim

Insyaallah ini adalah entry pertama aku di dalam wordpress ini.Tujuannya tidak lain dan tidak bukan,hanya untuk melangkah maju setapak ke depan.Dan selepas terpengaruh oleh persuasive presentation oleh Mr Hanifi.hehe.

Semoga dengan perubahan ini ,objektif utama aku berblogging akan lebih tercapai.Insyaallah..smoga Allah permudahkan