Archive for May 2, 2010

~Perjalanan yang jauh~

Bismillahirahmanirahim
Segala puji kepada Allah ,Tuhan yang sentiasa mengurniakan nikmat dan kesenangan kepada hamba hambaNya,Alhamdulillah diri ini masih bernafas.Syukur..
Hari ini pukul3.12 pagi aku sampai di UTP,dari bandar Melaka yang indah.Alhamdulillah dapat meluangkan masa bersama keluarga,dapat membaca 2buah buku yang tidak sempat disentuh diUTP,dan terasa ringan kerana tiada test di minggu terakhir sebelum stadi week ini.hehe..
Nak dijadikan cerita,aku bgerak ke UTP ,pada pukul 12tgh hari dengan menaiki train.Dan akan trun di KL Sentral dalam 3lebih gitulah.Tetapi nasib tidak menyebelahi,perjalanan di delay a pula shingga sejam lamanya.Tapi aku masih setia menunggu.Dan akhirnya sampai pun train yang dinanti nanti
[Sekadar gambar hiasan]
Dalam perjalanan,ada jugak kontek2 dengan Saudara Syafiq Ruslan dan bertanyakan perihal tiket di KL Sentral.Sekali diberitahu,tiket da habis,Yang tinggal hanya tiket jam 930malam.Aish.Aku nak p program bbq kt UTP ni.Oleh itu,terpaksa la shift kepada kenderaan bas.Dan masalahnya tuk ke Bukit Jalil,terminal bas sementara itu,kene naik LRT.Dan terima kasih banyak banyak kepada Syafiq Ruslan,Zakwan Sahak,Azfar,dan Khairuddin yang jadi main reference aku di KL.Dan terima kasih gak pada akak tudung ungu dan abang pakai spek,Insaf aku nak jalan KL sorang sorang.huhu.Siap salah naek LRT lg.Nasib sempat tukar kepada yang betul.Alhamdulillah.
Sampai dibukit jalil,cepat cepat cari tiket dan kemudian bersolat jamak.Alhamdulillah.Lega sikit.Tiket dapat kol6.30pm.Agak agak sempatlah sampai ke UTP before pukol 10.30pm.
[Ekspress yang menyatukan manusia-Kesatuan]
Sekali bas ni hanya bergerak selepas pukul 730pm.Tapi tidak mengapa masih dalam waktu yang dijangka.Alhamdulillah.Semua berjalan lancar.Bersyukur aku dapat atasi beberapa dugaan semasa dalam trip.Kemudian bersolat di Behrang.Hati semakin berbunga bunga untuk sampai di UTP.hehe.Tetapi dalam perjalanan ke arah Tapah, poom!!.Peh!!Tetibe bunyik meletup lak..Cuak gak rasa.Pastu dengar bro driver tu cakap kt tepon “Hello..Da pecah a..tadi yang satu tu pecah ok lagi.Ni da 2 lak pecah”.Peh..cool gile bus ni.Jalan dengan tayar yang pecah.haha..
[Para mekanik bertauliah sedang merepair tayar-besar gabak]
[Tayar yang pecah]
Kami pun berhenti di RnR Tapah.Masa menunjukkan jam1025pm.Dan seperti biasa,kami hanya mampu menunggu.Tunggu2,makan2,minum2,tidur2,sedar sedar da kul1.25am.Dan bas sedang dibaiki.Teruk tayar nya rosak.Dan tak lama kemudian ada bas Kesatuan yang lain datang dan membawa kami ke destinasi.Dan Alhamdulillah sampai di UTP pukul 3pagi.Apabila dikira kira,dari Melaka nak ke UTP,lebih kurang 15jam.Cantik!!huhu
Semasa dalam perjalanan tadi,sempat gak membaca separuh buku Dari Hati ke Hati karangan Amr Khalid.Dalam topik tawakal dibahaskan dengan begitu cantik.Terasa ilmu ilmu yang baru dibaca begitu bermakna ketika menghadapi kesulitan seperti tadi.Inilah cantiknya Islam.Agama syumul.Agama yang mudah.Ketika kejadian tadi,subhnallah,terasa tenang,dan terasa dilindungi walaupun pada zahirnya masalah belum dapat diselesaikan lagi.Subhanallah.Pengajaran yang baik untuk hari ini.
Tapi yang jelas nya,aku da ketinggalan Program BBQ tu.(Zuber ada ayam lebih x??haha),lepas pengisian,lepas mabit..huhu.Mungkin Allah menyusun perkara ini untuk memberi pengajaran kepada aku.Alhamdulillah
Alhamdulillah.Akhirnya sempurna
wallahuallam
Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin“[51:55]
Advertisements