Archive for April, 2010

~Akhirnya..~

Bismilahirahmanirahim..
Segala puji kepada Allah,Yang Maha Besar,Maha Penyayang dan Mah Pemurah.Terima kasih atas segala kurniaan yang tidak henti henti dariMu.Yang terus mengurniakan oksigen untuk ku hirup,yang terus menerus memberikan nikmat Islam dan Iman insyaallah.
Alhamdulillah ,petang tadi selesai sudah test yang terakhir untuk semester ini dan semester depan(internship).Jadi,syukur walaupun jawapan yang dibuat tidaklah sebaik mana.Huhu.Malam ini aku akan bergerak pulang ke Melaka dengan train.First time ni.Rasa teruja sangat.
[Transport Phenomena=TP=Tekanan Perasaan]
Dan syukur sekali lagi,program yang berlangsung weekend yang baru lepas ini berjalan lancar.Dimulai dengan Fiqh Solat oleh Ustaz Aqib.Dan petangnya beriadah bersama sama di padang.Dan kemuncak aktiviti hari Sabtu ialah menghadirkan diri ke Konsert Kembara Sufi beramai ramai.Alhamdulillah dapat juga ke KS tu.Ada Azhan Atan,ada Rabbani,dan tidak lupa juga,kumpulan faveret ku,Shoutul Harakah.Hohoh..Masyuk2..
[Shoutul Harakh beraksi]
[Inspirasi-UTP]
Konsert habis lebih kurang pukul12malam.Dan selepas itu,kami terus bergerak ke Akademi Ikatan Muslimin untuk mabit di sana.Selepas solat bersama,dan aktiviti utama yang dirancang ialah perlawanan persahabatan bola sepak.hoho.Dengan Ustaz ustaz semua main.Mantap2.Dan lebih kurang pukol9.15pagi,kami gerombolan UTP pun pulang ke kampus semula.
[Bermaib bola sepak dipadang]
[Selepas bermain]
Pabila berkumpul beramai ramai,terasa sangat indah waktu itu.Kehadiran rakan rakan sperjuangan dalam masa sama turut memotivasi diri agar terus kuat.Perasaan sayang wujud,perasaan kasih wujud,semuanya yang indah indah..
[Salah satu cara mengeratkan ukhuwah-makan bersama]
Tapi ia masih tidak bersamaan dengan kehilangan rakan perjuangan.Bila rakan yang dahulu nya sentiasa di sisi.Sentiasa bersama.Tetapi kini hanya kenangan yang masih bersamaku.Perit,sayu ,sedih.Semuanya bermain dalam perasaan aku.Aku rindukan masa yang lampau.Aku rindukan suara yang menaikkan semangat aku suatu ketika dahulu.Masa akan terus berlalu dan terus berlalu tanpa menunggu kita.Kehidupan harus diteruskan.Aku akan sentiasa mengingat mu wahai sahabat
Wahai hati,
hati yang sentiasa berbolak balik,
hati yang sentiasa berubah dan diubah,
tetaplah kau di jalan ini,
Bersihkanlah diri dari kotoran dosa,
yang pasti akan menyelaputi,
Agar bersih suci
Untuk Sang Pencipta.
Alhamdulillah.Akhirnya sempurna.
wallahuallam
Dan tetaplah memberi peringatan karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin“[51:55]
Advertisements

~Politik?~

Bismillahirahmanirahim
Segala pujian kepadaMu ku rafakkan atas segala kurnianMu kepada ku,nikmat akal,nikmat pancaindera yang sempurna,nikmat kasih sayang,dan sudah pastinya nikmat Islam dan Iman itu sendiri.Tanpa segala nikmat nikmat ini,bagaimanakah aku akan terus bernafas di muka bumi Mu ini,Alhamdulillah.
Hari ini aku nak bercerita sedikit tentang politik.Sebenarnya aku sudah bercakap dalam diri,blog ini hanya untuk ku coretkan pengalaman dan juga mungkin luahan dari hati.Aku pernah menulis tentang politik,tapi entah.Aku mengikuti politik,tetapi aku sudah malas untuk mengulas panjang lebar.Jadi harini,aku bukan nak bercerita apa dia Barisan Nasional,Pakatan Rakyat,atau pun PRK Hulu Selangor.Hari ini aku cuma ingin meluahkan perasaan aku berkenaan politik di sekeliling aku.
Aku mula mengenal politik semasa di Darjah 3.Lebih lebih lagi ketika zaman gelombang reformasi yang terhasil akibat pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) dari jawatan TPM dan juga dari UMNO.Kemudiannya aku terus terusan mengikut perkembangan politik,tetapi bukan secara mendalam.Hanya sekadar di permukaan.Almaklumlah,Darjah 3,apa sangat yang aku fikirkan.Main baling selipar,main gasing dan sebagainya.Kemudian minat ku terhenti seketika di Mozac,di mana akses terhadap media berkurangan.Hanya bergantung kepada surat khabar,yang kadang kadang ada,kadang takda.Kerna sering direbut untuk dibaca part sportnya.Time itu,dalam diam,aku semakin mendalami politik negara.Dan alhamdulillah setelah berada di UTP ,aksess yang semakin besar menambah minat aku.Dan kemuncak minat aku apabila berlakunya tsunami PRU12 Mac2008.Aku mula meneliti perjuangan parti parti lebih mendalam
.
Dan inilah aku sekarang.Mungkin kawan kawan ada perasan,bila ada post berkenaan politik di Google Group(GG) aku antara yang pertama membalasnya.Tetapi kadang kadang aku menjadi bahan cemuh.Kerana apa??Aku memaki hamun?Aku mengkafirkan Muslim yang lain?Owh.tidak tidak.Jauhkan la perkara itu berlaku.Ini kerana pendapat aku sering berbeda dengan sahabat sahabt yang lain.Entah mengapa hari ini aku rasa sedih sangat.Mengenangkan apa yang dah berlaku.
Aku tidak nafikan dan kawan kawan juga pasti mengiakan apabila aku katakan pendapat aku lebih kepada pro kerajaan.Seriously itu tidak lah bermaksud aku menyokong kerajaan sepenuhnya atau ahli parti komponen kerajaan.Aku seorang pemerhati politik tegar.Dalam post terdahulu,aku telah buat sedikit kritikan terhadap parti PAS(xde la kritik mana pun.cuma pendapat).Ini kerana,perbedaan berlaku setelah tsunami politik 2008.Sebelum ini,PAS merupakan parti yang selalu mendapat perhatian aku.Aku respek akan keteguhan pendirian parti tersebut terutama semasa bawah pimpinan Allahyarham Hi Fadzil Noor.Pelbagai komen dan kritikan terhadap kerajaan dilakukan.Dan kini,apa yang menjadi masalah kepada aku,apabila segala teguran dan kritikan yang dilemparkan ke kerajaan dahulu kala,ada sesetengah yang mula dipraktikkan dalam perti pembangkang.
Allah berfirman,
Wahai orang orang beriman!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan.Itu sangatlah dibeni Allah jika kamu mengatakn apa apa yang tidak kamu kerjakan“[61:2-3]
Cuba bayangkan,apabila hari ini,aku menegur kamu “Jangan couple.Haram!!”.Dan seminggu selepas itu,kamu mendapat tahu aku pula yang bercouple.(Smoga djauhkan).Bagaimana perasaaan anda?Ini sedikit pendapat aku.
Tetapi yang lebih menyedihkan aku,seperti aku katakan tadi,stand aku yang berbeda,sepatutnya lebih bersifatkan check and balance disalahertikan lantas menjadi bahan cemuh di mulut mulut yang lantang berbicara.
Antara perkara yang sedikit menyedihkan aku,
Pada beberapa sem lepas,Cheme Jan 07(CJ7) berjaya menganjurkan makan malam di Restoran Cheng Ho.Jadi aktiviti itu diketuai oleh Saudara Adi Aizat,yang merupakan rakan rapat di sekolah dahulu,kumpulan inovasi bersama,pengawas bersama,bilik bersama,cuma BADRI je tak sama.Aku bukan BADRI.Di dalam tentatif,doa akan dibacakan oleh Akh Faidhah,yang merupakan AJK tertinggi Rakan Masjid,dan aktivis dakwah yang tersohor di bumi Tronoh ini.Tetapi last minute dimaklumkan,Beliau tidak dapat hadir,kerana ada urusan yang lebih utama.Dan majlis bermula pukol 9 dan ketika itu sudah pukul 6 petang.Lantas Saudara Adi meminta pertlongan aku untuk membacakan doa.Untuk pengetahuan,ni kali kedua Adi meminta bantuan aku tuk baca doa.First di majlis Dean’s List Award sebelum ni.Dengan rasa berat hati aku menerima kerana Adi betul betul meminta pertolongan aku.Aku pun bersetuju atas dasar membantu Adi.
Syukur segalanya berlangsung lancar.Tetapi rupanya baru la tahu,semasa aku bangun dan bergerak ke hadapan,adalah suara yang sungguh suci..”Asal budak UMNO ni baca doa??”dan adalah yang lain disebutkan.Astagfirullah..Sesungguhnya aku bukan budak UMNO.Dan aku boleh kira itu sebagai satu fitnah dan perbuatan itu adalah ghibah.Benarkan?Aku secara jujurnya tidak pernah berniat untuk ke depan membaa doa jika Adi tidak meminta pertolongan aku.Mungkin aku ni bukan badan dakwah,dan pendapat yang sering berbeda dengan empunya badan,lantas dengan laju meluncur kata kata yang “menyedapkan” telinga itu.Alhamdulillah..Aku akui ilmu agama aku lemah,d tahap yang bawah ,Insyaallah aku akan perbaiki kelemahan aku itu.Semoga Allah permudahkan.Terima kasih atas kata kata itu.At least menyedarkan aku.Tapi untuk muncul dihadapan dalam event2 Course aku lagi,rasanya tidak.
Dan lagi yang menyedihkan,apabila seorang sahabt yang lain ‘pada ketika itu sahaja‘ bersetuju dengan pendapat aku,lantas dikatakan “oo..Amin da brainwash ko eh??”..Argh..Ayat yang sungguh “menenangkan” hati.Terima kasih kawan.
Dan status gtalk memang banyak kegunaannya.Tatkala status sahabt lain digunakan untuk menulis sesuatu yang anti kerajaan,maka itulah kebebasan mengeluarkan pendapat.Tapi apabila aku mengeluarkan statement,lantas gtalk2 sahabat bertukar dan jadi la kata kata sindiran yang pada kiranya sangat “mengujakan”.Subhanaallah..Terima kasih.Kau banyak mengajar aku kegunaan status gtalk ini.
Kadang kadang aku bukanlah pro kerajaan.Kadang bukan pro pembangkang pun.Aku cuma menginginkan pendapat yang lebih berkredibiliti.Maaf tuk cakap.Aku ada perasan sesetengah kawan yang memang minat poltik,tetapi sumber nya hanya pro pmbangkang.Sebab tu aku sangat sangat mengesyorkan kita semua membaca semua bahan bacaan.Alhamdulillah aku masih dikurniakan akal yang waras.Mampu lagi membaca Gerakan Anti Pkr,Perisik Rakyat,Topeng Perak,Unspinner,Oyabun,Episode sebuah perjuangan dan lain lain lagi.Kalau berita,Bharian,UtusanHarakah,dan Malysiakini.Walaupun kebenaran itu sungguh sukar ditemui,at least ada usaha yang kita lakukan.
Contoh yang aku boleh berikan.Heboh satu malaya,Datuk Seri Najib Razak involve dalam pembunuhan Altantuya dengan menggunakan C4.Ini pada pandangan pro pembangkang satu kebenaran yang nyata.DSAI siap nak bagi bukti Datin Rosmah ada di tempat kejadian.Dan di blog pro gov,ada gambar Datin Rosmah di majlis berbuka.Tapi rasanya belum ada lagi bukti yang diberikan.Dan yang terbaru mengenai Zulkifli Nordin mengatakn dia telah ditawarkan habuan mengoyangkan iman untuk memfitnah DNR.Zulkifli Noordin merupakan peguam bela Chief Azilah.Boleh search kat Youtube pengakuan YB Zulkifli ni,.
Apa yang aku nak tekankan di sini,carilah kebenaran walau sesukar mana kebenran itu tuk ditemui.Jika masih belum ketemui nya,elok lah kita berdiam daripada bercakap mengenai perkara itu.Kerana fitnah boleh datang pelbagai bentuk,.Dan semoga kita tidak tergolong dari golongan yang menyebarkan fitnah.Lebih lebih lagi golongan yang menyebarkan Islam.
Allah berfiman
Dan siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan megerjakan kebajikan dan berkata “Sungguh aku termasuk orang muslim(yang berserah diri)“[41:33]
Baik perkataanya tetapi jangalah dicemarkan dengan fitnah.
Jadi aku nak minta maaf pada sesiapayang tersinggung.Inilah luahan aku.Jadi awal awal aku da minta maaf,dan pada orang orang yang ada terlibat di atas,aku xda simpan dendam ke hape,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang mukmin dan semoga peringtan itu menjadi pengajaran buat kita semua.Kata Saidina Umar “Hisab lah diri kamu sebelum kamu dihisab Allah“.Jadi,ayuh bermuhasabah..
Alhamdulillah.Akhirnya sempurna.
wallahuallam
Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringata itu bermanfaat itu bermanfaat untuk orang orang mukmin“[51:55]

~Nukilan saudaraku~

Bismillahirahmanirahim

WarkahTarbiyah

_____________
Dulu ketika mula mula ditarbiyah,aku sangan bersemangat.Malah akulah yang paling bersemangat dari rakan seperjuangan yang lain.Semakin hari semakin bertambah kefahamnku tentang Islam.Tentang Iman,tentang masalah umat,tentang tanggungjawab berdakwah.

Setelah lama ditarbiyah,aku terasa diri ini kecil dari yang lain.Tarbiyah sudah tidak seronok seperti dulu.Tarbiyah semakin membebankan hidupku.Kehidupanku pula tidak seperti apa yang aku inginkan.Assigment mula berlmabak lambak,lab mula membosankan,kawan kawan mula melarikan diri…………..
akan bersambung..
oleh:akuimanselamanya.blogspot.com(Akh Iman)
Jadi inilah sedikit nukilan oleh saudaraku.Coretan yang ditujukan khas untuk semua saudara saudara yang lain.Owh ya.Malam tadi baru lah terungkai serba sedikit persoalan bermain di kepala aku.Sedikit penjelasan dan pencerahan.Di sebalik pencerahan yang diberikan,masih terselit rasa sedih.Dalam satu masa,berbagai bagai perasaan sedih.Ditambah dengan diri ini yang bermasalah.Ah.Mahu saja menitikkan air mata jantan ini.Tidak!!Kene kuat menghadapinya,Kene tabah menempuhinya.Ya Allah,bantu lah aku.Aku mahu BERUBAH!!!
Message dari Akh Raja..
Mengenalmu adalah suatu “kesyukuran’
,bersahabat denganmu adalah suatu “rahmat”,
bersaudara denganmu adalah “karunia”tak terlupakan.
Ya Allah.Jagalah saudara ku ini,berkahilah dia dengan ikhtiar& tawakal,rahmati keluarganya,istiqomahkan dia,
mudahkan urusan urusannya
&eratkan tali persaudaraan kami dunia dan di akhirat.
Ku forwardkan pula message ini kepada semua pembaca di blog picisan ini.Dan terutamanya saudara saudara ku..Aku merindui masa bersama mu.Pelbagai kenangan berlegar difikiran.Semoga kita terus bersama.
alhamdulillah.akhirnya sempurna.
wallahuallam
Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringtan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin:[51:55]

~Sehari yang istimewa~

Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah ,syukur ku kepadaMu atas kurniaan yang tidak henti henti kepada umat manusia dan makhluk makhluk ciptaanMu.Alhamdulillah petang ini bumi UTP dibasahi titisan titisan air petanda kasih sayang Mu.Terima kasih Allah.
Kenapa tajuk post aku sehari yang istimewa??
Sebabnya hari ini dapat aku meluangkan masa dengan ikhwah ikhwah tercinta.Ada yang lama tidak ketemu.Dimulakan dari semalam.Kami mabit bersama sama.Meraikan hari jadi Raja Sham,SharulNiza dan juga Hafiz Chomek..Lepas beraktiviti,kami pun melantak kek bersama sama.Alhamdulillah.Semoga pertambahan umur kalian seiring dengan pertambahan iman di dada,serta menambah peringatan kehidupan yang semakin singkat.Den nye besday gane..den da p intern da nant..huhu..hehe
[Selamat hari lahir]
Dan selepas tahajud serta subuh berjemaah,aktiviti diteruskan lagi dengan futsal futsalan.Fuh.Perform gak aku main harini.haha..Main sampai hilang nafas.Dan kami MENANG.walaupun ketinggalan 2-0 pada awalnya.Akh Zubair tidak puas hati lagi team dia kalah.haha..sabar2.Next match usaha lagi.
Selepas futsal,bersarapan bersama sahabat sahabat semua.Jarang nak dapat berkumpul bersama sama di waktu pagi begitu.Dapat menghayati matahari yang terbit menunjukkan kesluruhan wajahnya.Alhamdulillah.Terang bumi Allah ini dipanahi cahaya matahari.Kemudian ,baru dapat tahu,delegasi dari KL nak ziarah.Dengarnya Amzar je.
Dan lebih kurang 11 lebih sampai lah delegasi tersbut.Rupa disertai juga Akh ZaimUPSI,Akh Aizat dan Amzar,Ex UTP.Ada guru,ada lecturer..hehe,ada student master.Berbual untuk seketika,da nak satu jam gak la.Kemudian beramai ramai p melantak.hehe.Makan minum makan p masjid dan solat zohor.Lebih kurang 2.45 gitu,delegasi KL akhirnya pulang ke destinasi.Semoga kita dapat bertemu lagi.Kot2 masa intern t leh jumpa ke..haha
[Muka kekenyangan]
[Zaim buat apa tu?]
[Di masjid]
[Tanpa Zubair..Baru cantik sikit gambar.haha]
Entry ini khas utk Akh Amzar yang duk cakap pasal blogspot je tadi.haha..Sedikit kenang kenangan bersama.
alhamdulillah.Akhirnya sempurna.
Wallahuallam

~Lelaki~

Bismillahirahmanirahim
Ku rafakkan setinggi kesyukuran untukMu ,yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang atas kasihMu,atas cintaMu kepada kami,makhluk dan hambaMu yang lemah.Alhamdulillah..

“Sungguh kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik baiknya”[95:5]

Jadi insyaallah syukurlah kita dengan sebenar benar syukur atas nikmat yang diberikan kepada kita.Tertulis di dalam dusturuna,Al Quran bahawa kita lah sebaik baik kejadian.Sungguh elok ciptaannya.Alhamdulillah..
Sekadar coretan di petang hari…..
Pasti semua antara pembaca pembaca blog ini akan bersetuju dengan statement aku,bahawa ramai gadis gadis cantik berkeliaran/terdapat dipersekitaran kita.Ada yang cantik,ada yang cun,ada yang comel.Dan ditambah lagi dengan pakaian pakaian yang cantik,bergaya,mahal,dan juga ‘seksi’.(Sila jangan bayangkan ye..haha).Silap silap boleh buat lelaki rasa 2 biji mata tu tak cukup kan untuk tengok semua gadis gadis berkenaan.huhu.
Mungkin sebelum ni,aku ada post berkenaan wanita dan pakaian.Dan itu adalah tanggungjawab wanita.Kita hanya mampu mungkin memberi nasihat dan mungkin melalui tulisan.Perlaksanaannya hanya bergantung kepada tuan empunya badan.
Tapi hari ini,aku da mengulas dari aspek lelaki pula.Since tuan empunya blog pun lelaki kan,boleh lah cerita banyak menerusi pengalaman.hehe.Di universiti tempat aku menangguk ilmu ni,syukur pada Allah,kerana bilangan wanita nya lebih sedikit dibandingkan dengan IPT IPT lain diluar sana.Mungkin kerana basic course di sini ialah engineering.Tetapi itu bukanlah satu statement yang akan memudahkan kehidupan kita.Masih punya cabaran yang perlu ditempuh,perlu dihadapi.
Allah berfirman:

“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan berupa wanita,anak anak,harta benda………Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik”[3:14]

Terasa indah dan bahagia kan apabila dikelilingi wanita wanita yang indah paras rupa,yang baik tingkah laku.Tapi AWAS!!!Ingatlah itu merupakan senjata syaitan terhadap kaum lelaki.(Aku tak kata wanita syaitan ye).Berhati hatilah kawan kawan.
Dahulu,mata kita ini dihiasi ghadhul bashar dari sesuatu yang ditegah agama,tapi kini,pabila dunia semakin maju,pembangunan teknologi yang semakin pesat ,wanita wanita di sekeliling kita,iklan iklan,sukan sukan, dan macam macam lagi menjadi santapan utama mata kita.Akibatnya,ghadhul bashar ini telah hilang melayang dari diri kita dan mata kita sentiasa dengan tatapan maksiat yang liar.Kita menjadi terbuai dengan nafsu.Sehinggakan menjadikan nafsu sebagai tuhan.
Pada yang mempunyai pasangan,kadang kadang rindu nya membuak buak.Malah sebelum tidur,sering diingatkan wajah fizikal si pasangan.Di dalam tidur,malah di dalam solat juga turut mengingati si pasangan.Jadi,bilakah waktu untuk kita mengingati Allah??Perkara sebeginilah yang akan membawa kepada kematian hati tanpa kita sedar.Semoga dijauhkan..
Maka kawan kawan ku,tujuan entry ini hanyalah sekadar peringatan bersama.Sesungguhnya syaitan takkan pernah berhenti menguji mengusik kita.

“(Iblis)menjawab,”Karena Engkau telah menyesatkan aku,pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus” Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka,dari kanan,dan dari kiri mereka.Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”[7:16-17]

Jadi,marilah kita menundukkan pandangan,jauhi panahan racun dari iblis kerana pasti itu akan menyesatkan.Aku faham naluri seorang lelaki kerna aku juga seorang lelaki.Jadi fahami lah hadith di bawah ini.

“Pandangan itu adalah panah beracun dari panah panah iblis.Barangsiapa memalingkan pandanganya dari kecantikan seorang wanita dengan ikhlas karena Allah,maka Allah akan memberikan hatinya kelazatan sampai pada hari kiamat”[HR Ahmad]

[Lelaki acuan al Quran]
Alhamdulillah.Akhirnya sempurna.
Mari memperbaiki diri..
wallhuallam
“Dan tetaplah memberi peringatan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin”[51:55]

~Bukan untuk orang malas~

Bismillahirahmanirahim
Segala puji kepada Allah atas segala kurniaan yang diberikan dan perasaan syukur juga atas segala ujian yang diberikan kerana itu lah tanda Allah masih lagi melihat kita,masih menyayangi kita insyaallah.
Baru je sampai bilik ni.Sekarang menunjukkan 3.18am.Siang tadi dok busy busy dengan ETP.So cane?Entahlah.Aku hanya mampu cakap wallahuallam.Hanya bertawakal,mudah mudahan diberikan yang terbaik.[3:159]
[AminBaek,Haziq,Long,Hafifi]
[Syafiqah,Rufaidah..melantak air..haha]
Tuk entry di kala pagi yang sejuk dan bilik yang panas ni,aku ingin mensharekan sedikit isi yang sangat baik pada kiraan aku dan dicilok dari sini
Hayatilah~
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak
nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”
Renung renungkanlah~
alhamdulillah.Akhirnya sempurna
Wallahuallam
Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin“[51:55]

~Kembara Ukhuwah~

Bismillahirahmanirahim
Segala puji ku rafakkan kepada Allah atas nikmat yang sentiasa dikurniakan dan ujian yang diselitkan yang pasti ada hikmah dan ibrah di sebaliknya
Alhamdulillah Kembara Ukhuwah(KU) telah berjaya dilangsungkan pada weekend yang lepas.Sebelum aku bertolak ke Lenggong masa tu,ada sorang sahabat(housemate)
Min ko nak gi mana ni?Setiap weekend ko keluar.rindu a kt ko..haha
Tetapi aku hanya mampu menjawab
Ada hal la kat luar..Yela tu rindu..haha
Dan aku mengambil kesempatan ini untuk menjawab soalan tersebut..Aku keluar untuk mengorbankan sedikit masa aku yang pada kiranya nikmat yang sangat berharga untuk semua student.Nikmat masa itu.Tapi hanya inilah yang mampu ku korbankan bila nak dibandingkan Abdul Rahman b Auf mengorbankan hartanya,Musa’b Umair ,ke Madinah untuk mengembangkan Islam,dan para pejuang lain yang hingga mengorbankan diri sendiri.Nampak sungguh perbedaannya
Jadi alhamdulillah program berlangsung dengan lancar,bermula perjalanan ke Lenggong,pertama kalinya aku memandu sebuah VAN..waaa..excited gila kot.Tapi tak sampai Lenggong pun.Samapi sungai Perak,pastu tukar driver,penat sangat ..Akhirnya kami sampai lebih kurang1200 malam waktu malaysia.
Secara overall nya program ini lebih kepada outdoor activity,tapi kurang skit dari mukhayyam kot.Hari sabtu dimulai dengan pengisian ustaz Sharuzzaman,tenaga pengajar di Akademi Ikatan Muslim(AIM) Gopeng dan juga orang kuat Aman Palestin.Pegisian yang sangat menarik.Best!.Dan aktivit utama program ini ialah Kembara mendaki bukit apa tah namanya.Peh curam gile kot.Pancit nak naek.huhu..Aktiviti yang diadakan sangat menarik dan mencabar,Kena daki bukit turun bukit untuk menyelesaikan tugasan,ada yang kupas kelapa guna alam sekitar dan macam macam lagi.Insyaallah banyak ibrahnya.Dan aktiviti kemuncak nya ialah duduk di tepi air terjun dan masak makanan tengah hari.Ini yang terbaik a.hoho..Kemudian kami beramai ramai solat di atas batu air terjun.Ya Allah.sungguh berbeda rasanya apabila solat di persekitaran begitu,Ketika alam semuanya bertasbih mengingati Allah.Sangat tenang dan mendamaikan.Subhanaallah..
Apa yang ada dilangit dan di bumi bertasibh kepada Allah.Dialah yang Maha Perkasa Maha Bijaksana“[57:1]
Kemudiannya,aktiviti yang menjadi faveret.Sudah tentulah mandi manda.hehe..
Pada malamnya,surau tempat kami menginap mengadakan kelas pengajian dan sedikit kenduri.Terasa seronok bergaul dengan orang orang kampung,suasana yang sukar nak ditemui di UTP.Kami berbual mesra,saling tolong menolong.Dan menunya ayam belanda woo..haha..Lebih kurang 11 malam begitu,program dteruskan dengan MAKSI.Jadi seperti biasa a,group aku perform2..hahha..dan diakhiri dengan slot muhasabah oleh akh Iman
Kesokkan harinya,rutin biasa,bangun menghadap Allah ,dan sambung dengan sedikit tazkirah oleh Akh Zubair.Selepas itu kami berjalan jalan menikmati panorama pagi di kampung tersebut dan lepak di tepi sungai.Subhanaallah..
Lebih kurang jam 10lebih,setelah mengemas surau dan barang barang logistik,kami pun beransur pulang.Dan kali ini aku menunggang motosikal MBK4865 yang terbaek..haha.Dan destinasi nya pula,Lubuk Merbau.Jom mandi mandi lagi.
Alhamdulillah selamat sampai kecuali Akh Iman dan Akh Hazim yang tidak selamt sampai di Lubuk Merbau,kerana mereka terus menghala ke UTP yang bosan tu.hahah.Jadi kami bermandi manda sambil mengeratkan ukhuwah antara kami2..Sungguh menarik tempat nye.
Setelah puas bermandi manda,kami pun terus bergerak pulang,setelah 30minit perjalan menghala pulang,ces,aku raba raba mata aku..haaaa..spek aku tertinggal.Terpaksa la aku berpatah balik untuk mencari balik spek aku.Terasa kehilangan nikmat yang besar ketika itu.huhu
Alhamdulillah segalanya kembali lancar dan sampai ke UTP lebih kurang pukol4petang.Sangat sangat penat woo..Sempat lak tidor time bawak moto(sekali lagi..huuh).Sampai bilik terus tidur,untuk kembali menghimpun daya.Malamnya nak kene p lab ICON setelkan assignment..huhu
Program program program.Macam macam dilakukan.Insyaallah semuanya ada objektif tertentu.Semoga objektif objektif itu membantu dalam medidik diri kita sendri insyaallah
Alhamdulillah..akhirnya sempurna.
Gambar dari Iman.Tak bwk fon masa beraktiviti..huhu
“Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin[52:55]

~Kecewa tapi gembira~

Bismillahirahmanirahim

Tajuk post da macam post mood sedih je kan.Actually nak cerita pasal game Man Utd vsBayern Munich semalam..Semangat gila nak menaip ni.Padahal baru je pas test Econ and pasni ada meeting lak.hoho..
Seperti semua yang sedia maklum,MAN UTD telah menang ke atas Bayern semalam di Old Trafford dengan jaringan 3-2.2 daripada Nani dan 1 dari Gibson.Dalam first half tu memang kepunyaan Man U a.Bayern tak lepas tengah woo.Nani main baik gila.Valencia stylo,Rafael smart.Layan gila game tu.Setelah mendahului 3-0 dan dalam jangkaan aku,Man U sudah pasti ke semi final untuk 4tahun berturut turut jika tidak salah.
[2 orang penjaring untuk Man U]
Tiba tiba disebabkan ksilapan Michael Carrick,Olic berjaya menyumbat satu gol.Dan pada aku,itulah turning point pada kepada kebangkitan Bayern
Second half bermula dengan baik.Dan tidak disangka sangka,pemain hot prospect Man U Rafael telah dibuang padang,hasil 2kad kuning yang dikutip.Argghh..Pas je Rafael keluar,Man U men da tak sedap da.Main defend,dan tambah perit,Rooney dikeluarkan dan digantikan dengan Oshea.Dan menariknya Man U main tanpa striker.Apakah!!!huhu
[Bermain baik dalam 1st half.tetapi perlu mengawal darah muda nya]
Dan minit ke 74,Robben yang bermain dengan baik pada second half,menyumbat gol yang sangat cantik pada pandangan aku.Dengan gaya celebration nya itu,membuatkan fan fan Man U menjadi panas,termasuk lah aku..haha..
[Terbaek a Robben..Man u pernah nak bli dia ni.tapi chelsea dapat dlu]
Dan akhirnya,Man U menang tetapi tewas..Apakah itu??Tewas dengan peraturan gol di tempat lawan.Bayern sebelum ini menang di Second round juga bergantung kepada gol di tempat lawan.
Buat peminat peminat Man U ,jangan bersedih hati.Kira power la jugak.Compare to Chelsea and Liverpool tu..Hahaha..Buat fan liverpool,terutama Zaki dan Poji,suka a korang leh kutuk aku..ces2..hahah
Glory Glory…Man United~

~Life as student~

Bismillahirahmanirahim
Segala puji dan kesyukuran ku rafakkan kepada Tuhan Yang Maha Esa,Maha Berkuasa,yang mengaturkan kehidupanku dan makhluk makhluknya.Terima kasih atas segala nikmat kurniaan yang dikurniakan kepada ku ,tanpa putus putus,tanpa ada cacat celanya.Subhanallah
Sebenar tak tahu nak tulis apa sebenarnya.Saja nak update memandangkan agak lama blog picisan ini keseorangan.
Jadi seiring dengan tajuk entry ini,Life as Student,just nak menceritakan kehidupan aku sebagai seorang student.
Rasa rasa yang bukak blog ni mestilah seorang student kan.Pernah tak anda merasa bosan menjalani kehidupan ini?Maksudnya life as student..Yes I did.Dan perasaan ini bermula seawal ketika aku di Sekolah Sains Muzaffar Syah Melaka..Tidak tahu mengapa perasaan ini wujud.Mungkin dek kerana hambatan assignment(baca:kerja rumah) yang tidak putus putus,dan rutin yang sama sahaja.Contoh:Bangun pagi,mandi,solat,p sarapan,check dorm,ke kelas,rehat,ke kelas,makan lunch,prep,bola..arghhh..Dull!!Rutin sama yang dilakukan untuk 5 tahun..Cuma form5 perasaan ini beransur hilang kerana tahu masa yang semakin hampir untuk meninggalkan sekolah.Akhirnya bebas dari uniform sekolah!!
Tapi rupa rupanya hujan yang disangka hingga ke petang,rupa rupanya hujan di tengah hari.Apabila melanjutkan pelajaran ke tertiary education,pada awalnya sangatlah excited.Setiap tugasan dibuat dengan bersungguh sungguh.Setiap test menjadi sasaran awal untuk mencapai kejayaan.Dan kemudiannya,semakin aku lama di sini,semakin sibuk dan sibuk,dan akhirnya wujud lagi perasaan bosan itu.Arggh…Dan kini aku sudah 3rd Year 1st Semester Chemical Engineering(yang sering digelar nerd)Kami tidak nerd,kami terpaksa jadi nerd!!!.Hehe..Kerja yang diberi bertalu talu,seakan akan kami ni tidak ada kerja yang lain untuk dibuat.Seperti kami ni hanya duduk di bilik untuk menyelesaikan masalah masalah akademik yang diberi.Bosan~
Kenapa agaknya situasi seperti ini berlaku?Adakah kerana sistem pendidikan kita yang terlalu exam oriented??Tapi bila difikir fikir balik,if tiada exam jangan haraplah kita kita ni nak stadi.Sila jujur dengan diri anda..Betol kn??Begitu juga saya..Sepatutnya ini bukanlah sebab mengapa kita berasa bosan.Jadi apa sebabnya??Faktor sekeliling?Kawan?Game?
Entah………
Bila diimbau pada zaman kegemilangan Islam suatu ketika dahulu,terutamanya semasa pentadbiran kerajaan Abbasiyyah,di mana Cordova itu telah menjadi sebuah hub ilmu.Semua orang berkunjung ke sana untuk mendalami ilmu sains,mantik,hisab astronomi dan macam macam lagi.Ada Al Khawarizmi,ada Ibn Sina,ada Jabir Hayyan.Subhanaallah.Kecintaan mereka terhadap ilmu itu sangat dikagumi.Sehingga pusat terjemahan turut dibuka untuk memudahkan pembelajaran.Hasil perkembangan ilmu inilah yang menyebabkan Eropah keluar dari kepompong zaman gelap mereka.Dan berkenaan Imam Mazhab kita,Imam Muhammad atau popularnya dengan gelaran Syafie’.Semangat beliau untuk mempelajari sangat hebat.Di mana dia dengar ada tokoh ilmu,pasti dia akan berada di stu.Antara gurunya yang terkenal ialah Imam Malik dan Muslim Al Zanji
Tetapi sekarang,??
Kelas pun malas nak pergi..haha.Dalam kelas tidur.Macam mana agaknya kita so called Muslim ini untuk kembali mewarisi budaya ilmu di kalangan masyarakat ketika suatu dahulu.Mungkin kerana perasaan bosan itu meliputi menyelaputi diri kita.
Dan bagi pendapat saya,bagaimana yang saya cuba amalkan untuk mengatasi kebosanan ini,ialah dengan (1)Berniatkan belajar kerana Allah.Sebelum ke kelas tu,ayuh kita sama sama membiasakan hati kita berniatkan kerana Allah.Mungkin pada mulut,ya.Tapi hati??(2)Mendekatkan diri kepada majlis majlis ilmu,halaqah dan sebagainya.Dari sini lah akan timbul perasaan cintakan ilmu itu.Even bukan ilmu akademik,tapi ia pasti akan merangsang kita untuk mencari lebih banyak ilmu.Insyaallah.Jadi jom halaqah.Hoho
Hanya secebis perkongsian dari insan yang akan menghadapi test pada lusa hari.Dikala kebosanan menunggu panggilan dari grumate,untuk membuat projek Icon di Blok5..Arrgghh sekali lagi.ETP ada problem,macam macam ada hal..hehe
Dan tidak lupa,ingatlah.Akademik bukan segala galanya.Yang penting,kita kene sedar pelbagai komitmen lain yang kita ada dalam kita tidak sedar.”Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil alamin“.Sesungguhnya solatku,ibadatku,hayatku,dan matiku hanyalah kerana Allah Tuhan sekalian alam.Sumpah kita terhadap Allah.5kali sehari.Dan siapa baca surah Al An’am akan baca 6kali la sehari.Jadi renung renungkan sejauh mana kita sudah berbuat.
Entry ini untuk kawan kawan yang masih seorang student dan sudah pastinya untuk diri saya sendri.Moga memperoleh something dari entry ini.Insyaallah.
Alhamdulillah akhirnya sempurna.
wallahuallam
Dan tetaplah memberi peringatan karena sesungguhnya peringtan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin”[51:55]