~Kosong~

Bismilahirahmanirahim

Segala puji kepada Mu atas segala kurniaan nikmat dan rahmat terutamanya nikmat Islam dan Iman itu sendiri.Perbanyakkanlah syukur kita walaupun apalah sangat syukur kita jika nak dibandingkan dengan nikmat yang diberikan Allah.Alhamdulillah

Pertama sekali,alhamdulillah,hari semalam 14Mei 2010,telah berlangsung Cheme Jan07 Dinner yang diadakan di Restoran Simpang Tiga.Semuanya syukur berjalan lancar.Dinner tersebut juga dihadiri oleh Dr Mohanad(kali kedua) dan Prof Uemera(ferst time).Jadinya terima kasih kepada semua kawan kawan yang sama sama berusaha untuk menjadikan majlis perpisahan kita sebelum intern a suksess.Terima kasih.Selamat berinternship dan jaga diri elok elok ya kawan.Semoga kita kembali dalam keadaan yang lebih baik.

Dak hensem kt blakang tu..haha

Dan syukur lagi,penulis akhirnya telah mendapat placement internship,walaupun pada awalnya bercadang untuk menunggu Penapisan Melaka.Disebabkan PPM jahat sangat,hehe,penulis terpaksa berinternship di tempat lain,iaitu di Possehl Electronic juga di Melaka.Buat saudara saudara ku,doakanlah diri ini ya.Moga moga makin kuat ikatan antara kita.Penulis akan sentiasa merindui kalian.Kalau ada pape program,halo halo la penulis ya!!..hehe..Kalau tiada aral melintang,insyaallah akan tiba juga.

Semasa dinner Cheme Jan 07,kami telah dihidangkan dengan 3montaj yang begitu menarik.Tahniah kepada Abu Huzaifah,Nasrullah dan juga Sami Saeed Bahakim.Dan penulis begitu tertarik dengan satu lagu yang diselitkan iaitu lagi wavin’ flag.Baru sahaja tahu yang lagu tersebut merupakan lagu tema Cawan Dunia 2010 yang akan datang Jun ini.Inilah lirik nya.Kalau nak download,singgahlah sini.

Wavin’ Flag – Lyric

When I get older
I will be stronger
They’ll call me freedom

Just like a wavin flag(x2)

And then it goes back (x3)
Oh
Born to a throne
Stronger than rome
But violent prone
Poor people zone
But it’s my home

All I have known
Where I got grown
Streets we would roam

Out of the darkness
I came the farthest
Among the hardest (survival)
Learn form these streets
It can be bleek

Accept no defeat
Surrender, retreat

(So we strugglin’)
Fighting to eat
(And we wonderin’)
When we’ll be free
So we patiently wait
For that faithful day

It’s not far away
But for now we say

When I get older
I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a waving flag
(And then it goes back x3)

Ahhho ahhho ahhho

So many wars, settling scores
Bringin’ us promises leaving us poor
I heard them say love is the way
Love is the answer that’s what they say

But look how they treat us
Make us believers
We fight there battes
Then they deceive us

Try to control us
They couldn’t hold us
Cause we just move forward
Just like buffalo soldiers
(But we strugglin)
Fighting to eat
(And we wonderingg)
When we’ll be free
So we patiently wait

For that faithfully day
It’s not far away

But for now we say
When I get older
I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag
(And then it goes back (3x)

And then it goes
When I get older
I will be stronger
They’ll call me freedom just
Like a wavin’ flag
(And then it goes back (3x)
Ahhhooo ahhhoooo ahhhooo

And then it goes

And than everybody will be singing it
And you and I will be singing it
And we all will be singing it
Woah woah woah

When I get older
I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag

(And then it goes back (3x)

And then it goes
When I get older
I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag
(And then it goes back (3x)
A oh a oh a oh

When I get older
When I get older
I will be stronger

Just like a wavin’ flag (3x)
Flag(x2)
Just like a wavin’ flag

Study week semakin hampir untuk meninggalkan kita,exam week pula yang semakin menghampiri.Waa..Macam lom stadi pape pulak ni.Kuat kuat kuat!!Tapi da lewat malam.Jom tidor..haha..Ayuh bangun awal esok kawan kawan.Kita subuh berjemaah sama sama ye..Moga dipermudahkan urusan kita.Wasalam

Wallahuallam

“Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin”[51:55]

~Judi~

Segala puji kepada Allah atas kurniaan nikmat dan rahmat kepada  makhluk makhlukNya.Alhamdulillah.Saja nak share sedikit berita mengenai isu yang ada dibangkitkan penulis di site ini iaitu mengenai judi.Jadi sedikit feedback yang diberikan..sini

Judi beri kesan negatif, imej buruk kepada negara dengan majoriti rakyat beragama Islam

KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan khususnya pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 mendapat tentangan banyak pihak termasuk pemimpin Umno kerana ia akan memberikan kesan negatif dan imej buruk kepada negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata cadangan berkenaan bukan saja menjejaskan imej kerajaan, malah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.

“Kita sepatutnya berusaha untuk mengurangkan gejala judi dan juga pemberian lesen judi, walaupun secara sah atau haram, kegiatan judi ini banyak memberi kesan negatif kepada masyarakat. Sepatutnya kita cari jalan kurangkan budaya judi di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, bimbang sekiranya perjudian sukan itu dibenarkan ia akan mempengaruhi generasi muda termasuk pelajar kerana ia adalah sukan nombor satu negara.

Semalam akhbar melaporkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 awal Jun ini, bertujuan untuk mengelak kegiatan perjudian haram.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata semua bentuk judi termasuk pertaruhan bola sepak sempena Piala Dunia adalah haram dalam Islam.
Harussani berkata, beliau tidak nampak langkah itu mampu membantu kerajaan menyelesaikan masalah penganjuran kegiatan perjudian bola tanpa lesen yang dikatakan akan berleluasa menjelang Piala Dunia.

Tokoh agama yang juga bekas penasihat agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, pula berkata kerajaan tidak wajar meneruskan niat untuk mengeluarkan lesen pertaruhan sukan terutama sempena Piala Dunia kerana langkah itu menggalakkan masyarakat termasuk umat Islam terjebak dengan kegiatan perjudian.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip, dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam juga secara tegas membantah cadangan itu yang akan memberikan kesan negatif terhadap masyarakat.

Beliau berkata, sebarang bentuk pertaruhan adalah judi dan matlamat tidak boleh menghalalkan cara walaupun alasannya setiap hasil yang diterima boleh digunakan untuk pembangunan sukan dan ia juga menjadi suatu kesalahan mengikut undang-undang syariah di negara ini.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, berkata cadangan terbabit adalah tidak wajar dan bertentangan dengan ajaran Islam sekiranya ingin memperoleh kemakmuran

Ulasan penulis:

Sepatutnya orang atasan perlu memikirkan implikasi dari tindakan mereka ini sedalam dalamnya sebelum meluluskannya.Pemimpin yang beragama Islam sepatutnya lebih agresif dalam mempertahankan stand mereka.Penulis berharap kerajaan akan segera menganalisi balik keputusan ini dan berharap mereka menarik balik kelulusan yang diberikan kepada Berjaya Group.Percayalah ,sekali tindakan seperti ini diluluskan,pasti akan ada demand yang lain untuk meng’halal’kan judi mereka.Islam the way of life.Pasti tidak akan membebankan sesiapa pun.Kecewa dengan tindakan yang agak tergopoh gapah ini~

“Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin”[51:55]

~Sudah comfirm~

Bismilahirahamnirahim

Segala puji ku rafakkan kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan,yang telah dianugerahkan kepadaku.Moganya nikmat nikmat yang diberikan ini bukanlah istidraj,nikmat yang membawaku jauh dari mengingatiMu.

Jadi,final draft sudah pun dikeluarkan.Kertas pertama penulis akan bermula pada 19Mei 2010 ini,Fenomena Pengangkutan atau lebih popular dengan nama Transport Phenomena.Berikut adalah jadual exam penulis untuk sesi Januari 2010

Menarik tak timetable?4paper dalam masa 3minggu.Untuk paper Process Plant Design sahaja,ada lebih kurang 8hari dari kertas sebelumnya.Ini yang membuatkan penulis sedikit malas untuk belajar.hehe.Fokus fokus.

“Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan mush Allah,musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak ketahui,tetapi Allah mengetahuinya.Apa saja yang kamu infakkan di jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak dizalimi)dirugikan”[8:60]

Final exam akan berakhir pada 2jun2010.Tarikh ini kurang digemari student Cheme Jan 07 kerana pada 7Jun2010,kami semua akan mula berpecah dan berpraktikal.Hanya 5hari sahaja masa yang ada untuk student student mempersiapkan diri.Tapi rasanya insyaallah akan sempat,mungkin kena rushing rushing sikit kot.

Buat student yang masih belum mempunyai placement lagi(cam aku a..adeh),sila sila lah bersabar.Peluang ada di mana mana.Agak agak tak dapat offer,kita intern la semester lain ya..haha(MQA tak kasi intern las semester da sekarang).

“Maka bersabarlah kamu(hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu dan janganlah kamu seperti orang(Yunus) yang berada dalam (perut) ikan ketika ia berdoa dengan hati sedih(kepada kaumnya)”[68:48]

Jadi,kepada semua yang sedang mempersiapkan diri untuk peperiksaan akhir semester ini,selamat berjaya.Mudah mudahan kejayaan yang anda perolehi,akan setimpal dengan usaha yang anda lakukan dalam menghadapinya.Insyaallah

“Dan bahawa manusia hanya akan memperoleh apa yang telah diusahakan”[53:39]

Karya Akh Hilmi aka Lemeq..

Jom study..aish..Da da la tu..jom stadi.Ngadap blog lagi watpe..haha.Dan penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada kawan kawan,saudara saudara atas dosa yang dilakukan secara sedar atau tidak sedar.Sesungguhnya diri ini adalah insan biasa.Juga bergelar manusia yang sering leka dan alpa dipengaruhi syaitan.Im sorry!!(nada Amir Raja Lawak)

Alhamdulillah.Akhirnya sempurna

Wallahuallam

“Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin”[51:55]

~Polis~

Bismilahirahmanirahim

Segala puji ku berikan kepada Allah atas segala nikmat yang terlampau banyak diberikan kepada makhluk makhluk ciptaanNya.Alhamdulillah.

Heboh Malaysia baru baru ini dengan kes seorang remaja lelaki berusia 15tahun ditembak mati di kepala oleh seorang anggota polis.Tiba tiba semua politician keluar statement,menghentam pihak ini dan menyalahkan pihak sana.Dan kedengaran juga pelbagai versi cerita yang dikeluarkan di berita berita sama ada suratkhabar ataupun website website di internet.Ada juga pihak yang cuba menangguk di air yang keruh.

Minggu lepas ,penulis berkesempatan untuk balik ke rumah,di Melaka.Dan untuk makluman,ayah penulis ialah seorang anggota polis,anggota polis senior yang insyaallah akan menamatkan perkhidmatannya dalam tahun ini.Jadi penulis berkesempatan untuk menanyakan kes ini kepada beliau.Jawapan beliau ialah “Polis boleh menembak suspek yang mencurigakan jika ada ancaman yang ditunjukkan oleh suspek.Jika tiada ancaman oleh suspek,maka anggota polis itu tidak boleh melepaskan tembakan sebarangan”

Jadi selepas mengikuti perkembangan kes ini,adalah beberapa versi cerita yang dapat didengar,antaranya remaja tersebut telah belanggar dengan kenderaan yang lain dan meluncur laju untuk melarikan diri.Apabila bertembung dengan polis,remaja itu cuba melarikan diri dari polis.Dan berlakulah kejadian tersebut.Dan cerita lain pula,semasa melarikan diri,remaja tersebut mengundur dan dan seperti mengancam pihak polis untuk melanggarnya.Disebabkan cerita yang kurang konsisten,akhirnya saksi telah ditemui beberapa kali untuk mendapatkan kepastian.

Berita hari ini memaparkan anggota polis yang terlibat itu telah di tahan dan di dakwa atas kesalahan yang dilakukan.Walaubagaimanapun beliau tidak mengaku bersalah.sini

Tujuan penulis menulis entry kali ini mungkin sebagai respon terhadap sesetengah sahabat yang ada membincangkan isu ini.Kebanyakan antara mereka terus sahaja menyalahkan polis kerana menyebabkan remaja yang bernama AminulRasyid itu terbunuh.

Apabila dibaca baca semula,penulis percaya,kita tidak boleh menyalahkan polis 100% dalam hal ini.Ini kerana,tindakan remaja tersebut sangatlah mencurigakan.Cuba anda bayangkan apabila anda seorang anggota polis,pada pukul 2 pagi,dan kereta dipandu dengan laju.Apabila anda menyuruhnya berhenti,dia makin memecut.Sudah tentu anda mengesyaki dia melakukan sesuatu yang tidak elok bukan?Kemudiaannya,remaja terbabit hanya berumur 15tahun dan sudah membawa kereta tanpa kebenaran keluarga di tengah malam.Apa apa pun,ia tetap suatu kesalahan dan tidak sepatutnya seorang remaja berusia 15tahun yang berada di situ.

Jadi,penulis mengharapkan,anda dapat memikir secara rasional dan tunggulah sehingga laporan siasatan itu keluar.Banyak cacian dan kejian terhadap polis yang penulis rasa cuba berkhidmat sebaik mungkin dalam memastikan keamanan.Ingatlah kita hidup di dunia ini tidak selalu di atas.Ada ketikanya pasti kita akan berada di bawah.Mungkin hari ini anda selesa.dan mungkin juga hari kemudian anda memerlukan polis yang anda selalu caci itu.Baru baru ini ada kisah yang membuatkan penulis tergelak seorang diri.Suatu ketika dahulu,adalah seorang figure ini mencaci polis dan mengeji dengan memanggil polis sebagai “Anjing” di dalam blognya.Tetapi,pabila menerima ugutan ,lantas dilaporkan ” kepada pihak polis.Kenapa pergi lapor ke “anjing tu??Inilah maksud penulis,hidup kita bukan sentiasa di atas.

Apa apa pun,penulis mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan harapnya kelaurga mangsa dapat bersabar dengan dugaan yang Allah berikan ini.Sesungguhnya maut itu pasti.Waktu bila sahaja yang kita tidak tahu.

“Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah ,sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya..”[3:145]

Semoga yang terbaik kepada keluarga mangsa dan juga anggota polis terbabit.

Alhamdulillah.Akhirnya sempurna.

Wallahuallam

“Dan tetaplah memberi peringatan karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin”[51:55]

~Tolonglah~

Bismillahirahmanirahim

Segala puji ku rafakkan kepada Allah atas segala nikmat dan kurniaNya kepadaku dan seisi makhluk di muka bumi ini.Alhamdulillah,penulis baru sahaja pulang dari program mabit wida’ dengan ikhwah tercinta sebentar tadi yang turut disertai oleh seorang ex UTP yang kini bergelar lecturer di UniMap.Syukur.

Di sini teringin penulis mengulas sedikit isu mengenai isu semasa mungkin.Ini bukan bicara politik.Penulis tidak akan menulis dalam perspektif politik.Ia nya berkenaan Judi dan Lesen.Pastinya ramai di antara pembaca yang telah membaca berita ini,di mana Timbalan Menteri Kewangan Malaysia,Datuk Dr Awang Adek mengeluarkan statement untuk membenarkan pertaruhan sempena Piala Dunia yang semakin hampir.

Penulis membangkang sekeras keras perbuatan ini kerana telah termaktub dalam dustruna ,Al Quran bahawa judi itu adalah haram.Tidak kira apa pun sekali,hukumnya tetap haram.

“Wahai orang orang yang beriman!Sesungguhnya minuman keras,berjudi,berkurban untuk berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan yang keji dan termasuk perbuatan setan.Maka jauhilah(perbuatan perbuatan) itu agar kamu beruntung”[5:90]

Bagi penulis,adalah dangkal alasan yang diberikan untuk mengatasi masalah perjudian tanpa lesen.Sepatutnya jika mereka berjudi,itu hak mereka.Janganlah kita campur urusan mereka.Maksud penulis di sini,kita perlu memberitahu mereka bahawa judi itu haram,tetapi jika mereka masih meneruskannya,apa yang mampu kita lakukan.Tangkaplah.Tapi bila tiba tiba kita masuk campur dengan memberi lesen,ini seolah olah  kita membenarkan perbuatan mereka.Dan secara tidak langsung terlibat dan bersubahat dalam perbuatan yang dimurkai Allah ini.

Jadi,diharapkan Timbalan Menteri tersebut,dapatlah reconsider ayat ayat yang telah dikeluarkan.”Kalau tersalah type,boleh didelete,tersalah cakap,buruk padahnya”.(pelik je bunyinya).Kalau untuk generate wang dari situ,tidak perlu lah.Banyak lagi sumber pendapatan yang Malaysia ada.Perlancongan,Perindustrian Kecil dan Sederhana,ada Sukan,ada Khazanah Dalam Bumi.Subhanallah banyak sekali nikmat yang kita ada.Tidak perlulah generate ekonomi dari perlesenan perjudian ini.Dan jika ini dilakukan disebabkan untuk tarikan undi orang Cina,yang rata ratanya memonopoli aktiviti pertaruhan ini,jadi kamu boleh lah tunggu kehilangan sokongan orang Islam yang lain.Penulis diantaranya.

Bagaimana negara hendak maju apabila semua yang dilakukan dibuat sesuka hati,tanpa ada guideline yang sesuai.Akal kita sahaja tidak akan mampu untuk berfikir baik buruk setiap perkara.Jadi kembali lah kepada Syariat Allah.Allah sudah pun membantu kita dalam menggalas tugas sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.

“Dan dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah khalifah di bumi dan Dia yang mengakat derajat sebagian kamu di atas yang lain,untuk mengujimu atas karunia yang diberikanNya kepadamu.Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh dia Maha Pengampun Maha Penyayang”[6:165]

Alhamdulillah.Akhirnya sempurna

Wallahuallam

“Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin[51:55]

~Hari Sabtu ku~

Alhamdulillah.Masih dizinkan oleh Tuhan untuk diri ini menaip entry kedua pada hari ini.Saja nak berkongsi cerita sewaktu penulis berada di luar kawasan kampus semalam.

Selepas briefing internship semalam,penulis terus meluncur laju ke kedai motosikal untuk membaiki motor yang mempunyai sedikit masalah setelah sekian lama.Jadi,semasa dalam perjalanan menuju ku Village 3A,penulis terserempak dengan Sap dan Mus(bukan nama sebenar).Lantas penulis ditawarkan untuk mengikut mereka  ke luar untuk survey tempat tempat dinner(Dinner Cheme Jan 07) yang bersesuaian.

Sebanyak 3 tempat telah dilawati dan pelbagai feedback diperoleh.Tapi tempat tidak boleh diberitahulah.Nant tak surprise la.(Surprise a sgt..).Destinasi seterusnya adalah ke Ipoh.Jaya Jusco menjadi pilihan kami.Semasa berada di sana,penulis berkesempatan untuk masuk ke MPH(bukan Multipurpose hall UTP ye) sambil sambil membelek buku yang ada di sana.Ada 2 3 buku berjaya menarik hati,tetapi apakan daya,duit di dalam wallet yang tidak cukup menarik.Takpe,insyaallah lepas exam nant,nak tangkap gak buku buku berkeliaran tu.hoho.Dan yang menarik perhatian penulis ialah…

Abang kacak yang membelek2 buku

Mustaqim yang  kacak.Apa yang diperhatikan??

haaa...

hahaha..Gurau gurau je.

Sebelum ke destinasi seterusnya,penulis sempat menyambar sesuatu untuk dibawa pulang.Bende yang telah diidam sejak sekian lama.Tapi hanya kali ini dapat membawa nya pulang.Alhamdulillah

ini diaaaa...

Simple and takdelah baru sangat bende ni.Malah da dianggap ketinggalan zaman da pun.Tapi,penulis sangat berharap kewujudan bende ini dapat membantu penulis dalam kehidupan seharian.Bantu apa??Banyak kegunaannya..

Dari JJ,kami bergerak ke dataran Ipoh untuk makan malam dan seterusnya ke Gerbang Malam untuk membeli sedikit barang yang lain.Di sana,ada seorang peniaga yang berjaya menarik perhatian orang ramai,dengan menyatakan pelbagai perkara pelik.Ada tumbuhan yang boleh begerak,melompat lompat dan merangkak seperti haiwan,ada haiwan yang bersisik tetapi hidup di darat serta mempunyai bayangan muka manusia di atas kepalanya dan macam macam lagi.Kami  melekat disitu dalam 30minit dan ke atas.Sungguh hebat  pakcik tu mengekalkan minat para pendengar.Kalau ambik PCS,sudah tentu lulus persuasive presentation dengan jayanya.Tak macam aku..huhuh..hehe.

Bila nak difikir fikirkan,rasa macam tertipu la pulak bila melihat haiwan yang ditunjukkan.Tapi bila fikir dalam dalam,memang benar pun apa yang pakcik tu kata kan.Kebenarannya,penulis pun jadi pening lantas meninggalkan kelompok yang ramai itu.Dan terus membeli belah=)

Kelihatan begitu ramai anak muda berjalan bersiar di Gerbang Malam itu,ada seperti kami,beramai ramai dalam kelompok lelaki,ada juga yang ber”sikit” “sikit” dengan pasangan masing masing.Tidak risau kah emak si gadis apabila anak gadis nya keluar lewat malam bersama lelaki ya?Hurm..secara logiknya patut risau,tapi wallahuallam.Penulis pun belum mempunyai anak.Tapi kepada pembaca sekalian,inilah tanggungjawab yang diperturunkan kepada kita.Pabila mempunyai cahaya mata kelak,jagalah seeloknya.Ambil berat,seberat beratnya.Dan jangan lupa diri kita juga.Apabila berdua duaan,lelaki dan perempuan,pasti akan yang ketiganya,Syaitan.Even Nabi Adam dan Hawa tewas dek pujukan syaitan.Apatah lagi kita.Jadi berwaspada lah.

Penulis sampai ke UTP agak lewat ,dalam 1lebih.UTP kelihatan masih sibuk dengan bilangan kereta keluar masuk.Mungkin ada jamuan yang dihadiri mereka.Entahlah.Penulis sendri tidak pasti.Tetapi yang pastinya,satu hari penulis tiada di bilik,dan minggu untuk stadi sudah bermula.Mood oooo mood.,mai la sini oii..Jom study…….bila mood datang..haha

Salam final exam dari penulis yang jauh di V3A-UTP

8 hari untuk  stadi sebelum first paper~

wallahuallam

~Kasih Ibu~

Bismilahirahmanirahim

Segala puji ku rafakkan untukMu Tuhan yang Maha Pemurah atas segala kurniaan nikmat dan rahmat kepada kami ,hambaMu yang hina dan lemah.Alhamdulillah,Kau basahkan bumi UTP dengan hujan rahmatMu dari kekeringan dek sejatan oleh Sang Matahari.Alhamdulillah

Lirik Kasih Ibu – Burn

Ketika aku dibelai
Kasih sayang mu terindah
Kau tersenyum bila melihat diri ini

Kini ku telah dewasa
Kasih dirimu tak berbelah bagi
Hanya pada diriku

Seharum bunga indah
Pelukanmu itu sayang
Bak awan biru melindungiku

Hanyalah kasihmu
Yang aku perlu
Tiada duanya untuk kubandingkan darimu

Hanyalah kasihmu…. ohh ibu
Biarlah bersemadi dalam hati
Buat selamanya ohhhh

Kau ternilai bagi diri
Kesungguhanmu mendewasakanku
Andai semua berubah akhirnya
Sinarmu hilang selamanya
Ohh…

Ku dedikasikan lagu ini kepada Ibu ku,Puan Zaliha bte Abdullah.Terima kasih atas pengorbananmu selama ini.Aku pasti aku tidak akan pernah mampu untuk membayar segala budimu kepadaku.Hanya Allah yang mampu tuk membalasnya.Pada ku,setiap hari adalah hari ibu.Tidak ada hari yang kasih sayangku kepada mu berkurang.Dan pastinya akan sentiasa bertambah.Dan terima kasih ya Allah,kerana mengurniakan kasih sayang ini kepada ku melalui ibu.Alhamdulillah

Ya Allah,Ampunilah dosa ku dan kedua ibu bapa serta berilah rahmat ke dua duanya seperti mereka membela aku daripada kecil

Amin~

Dan tidak lupa juga,selamat hari ibu kepada ibu ibu yang lain serta bakal bakal ibu.hoho..

Alhamdulillah.Akhirnya sempurna

Wallahuallam

Dan tetaplah memberi peringatan karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin“[51:55]

~Ia Datang lagi~

Bismillahirahmanirahim

Segala puji dan kesyukuran kepada Allah atas kurniaanNya, atas segala pemberianNya kepada ku yang membolehkan diri ini terus survive di dunia yang penuh pancaroba ini.Sesungguhnya nikmat yang diberikan terlampau banyak pabila dibandingkan  dengan bilangan aku bersyukur padaMu.Ampunkan aku ya Allah

Hari ini hari jumaat,penghulu hari dan menandakan hari terakhir semester Jan 2010.Maksudnya selepas ini ada permulaan kepada minggu study yang merupakan waktu yang paling digemari oleh pelajar pelajar .Bukan kerana dapat study,tetapi kerana tiada kelas.Begitu juga dengan penulis =)

Jadi untuk menghadapi masa yang mencabar ini,sudah pasti sedikit persediaan diperlukan agar kita tidak karam di tengah tengah pengembaraan.Insyaallah sedikit masukan mengenai persediaan yang perlu dilakukan

1)Menjaga kesihatan

Persediaan pertama ialah menjaga kesihatan.Penjagaan kesihatan amat penting kerana jika diserang penyakit semasa persediaan untuk final exam sudah pasti akan menjejaskan sedikit sebanyak moral pelajar pelajar,dan akan mendorong kepada keputusan yang kurang memberangsangkan.Ini boleh dilakukan dengan kawalan permakanan.Elakkan minuman berkarbonat,makanan segera(Maggi,McD etc–boikot),makanan ringan,dan juga makanan makanan yang boleh membawa kepada alergi.Setiap petang,kita sepatutnya turun beriadah untuk mengeluarkan peluh.Kerana dengan mengeluarkan peluh,toksin toksin dalam badan akan terembes keluar melalui peluh kita.Dan ini juga salah satu saranan dalam Islam untuk miliki tubuh yang sihat.

Menyihatkan badan

Rasulullah bersabda

Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah berbanding mukmin yang lemah dan pada masing masingnya ada kelebihan.”(HR Bukhari)

2)Study

Ini sudah tentunya element yang penting semasa persediaan menghadapi final exam.Tetapi study sahaja tanpa perancangan juga mempunyai kelemahan.Jadi seeloknya ,rancang bagaimana kita hendak study.Saranan yang ingin penulis kongsikan,adalah dengan study bersama rakan rakan yang lain(study group) dan membuat nota personal.Dan tidak lupa juga,kita hendaklah membuat jadual untuk study.Jadi rutin kita akan lebih tersusun dan bersistematik.Jika jadual dipatuhi,pasti kita akan lebih bersedia menghadapi final exam.Dalam Islam sendiri menyuruh kita untuk berusaha mencapai sesuatu.

Dan manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakan“[53:39]

Selepas kita berusaha,barulah kita bertawakal.

Kemudian apabila engkau sudah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah.Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakal itu.”[3:159]

study study

Mungkin ada segelintir manusia yang kiranya agak “taksub” dengan ayat surah muhammad:7,di mana Allah berjanji akan menolong orang yang menolong agama Allah.Mereka percaya dan lantas tidak berbuat usaha untuk mencapai kejayaan.Ini adalah fahaman yang silap.Kita terlebih dahulu perlu berusaha untuk mencapai kejayaan dan kemudiannya bertawakal

3)Taqarrub kepada Allah

Taqarrub di sini bermaksud mendekatkan diri kepada Allah.Sesungguhnya usaha semata mata tidak akan berhasil tanpa keridhaan Allah.Itu adalah pasti.Jadi ,dalam menghadapi saat saat genting ini,perbanyakkanlah ibadat,perbanyakkanlah zikrullah,perbanyakkanlah solat malam dan solat sunat.Sesungguhnya pelbagai fadhilat yang ditawarkan oleh Allah.Tetapi ,penulis bukan bermaksud menyuruh anda semua taqarrub kepada Allah di waktu exam semata.Sepatutnyakita patut mendekatkan diri kepada Allah setiap masa,setiap saat kerana Allah itu sendiri begitu hampir dengan kita.Subhanaallah.

Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya“[50:16]

Dekatilah Dia,nescaya Dia pasti lebih mendekati kita

Jadi,carilah keridhaan Allah.Dengan keridhaan dariNya,insyaallah yang terbaik untuk diri kita pasti akan kunjung tiba.Dan beristiqomahlah.Ya benar,istiqomah begitu sukar.Nabi Muhammad beruban apabila turun ayat untuk beristiqamah.

Maka tetaplah engkau di jalan benar sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan juga orang yang bertobat bersamamu dan janganlah kamu melampaui batas.Sungguh dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan“[11:112]

Janganlah kita mengharap ridhaNya hanya semasa exam week,dan selepas selesai,kita kembali menjauhiNya.Seperti di dalam ayat 22-23,surah Yunus.

4)Mohon doa dari ibubapa

Selain keridhaan dari Allah,keridhaan dari ibubapa juga kita perlu.Hubungilah keluarga,minta supaya mereka mendoakan kita.Semoga doa mereka akan menjadi pemangkin dan penguat kepada usaha kita dalam mencapai kejayaan.Insyaallah,sama sama berbuat

Pohon la doa dengan rendah hati

Jadi,inilah serba sedikit yang penulis ingin kongsikan dengan pembaca sekalian.Kehidupan kita pasti akan berubah dalam masa beberapa minggu selepas ini.Tapi biarlah berubah ke arah yang lebih baik,lebih terancang dan yang pastinya kena lah berlandaskan syariat Allah.Semoga anda semua(dan juga penulis) akan beroleh kejayaan yang diimpikan.Kepada warga batch Cheme Jan 07,ini adalah final exam terakhir untuk tahun ini.Jadi,buatlah sebaik mungkin.Mari tingkatkan kualiti dan juga prestasi.Insyaallah.All the best for the upcoming final examination semester Jan 2010

final exam yang akan menjelang.

“All the best kawan kawan,saudara saudara ku dan semua sekali yang akan menghadapi final exam.Terutamanya di UTP.

wallahuallam

Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin“[51:55]

~Cheme Premier League2010~

Bismilahirahmanirahim

Segala puji kurafakkan kepada Allah atas segala kurniaanNya,atas kasih sayangNya kepada kita ,hambaNya yang lemah.Walaupun amat sedikit kita bersyukur,walaupun amat sedikit kita mengingatiNya,tapi Allah itu tetap Maha Penyayang Maha Pemurah.Alhamdulillah

Jadi,seperti tajuk entry ini,sudah jelas isi kandungannya mengenai Cheme Premier League 2010(CPL2010) yang ada diceritakan di post sebelum ini.Penulis juga turut sama mengambil bahagian bersama team yang sama semasa edisi yang pertama dahulu,Chemical Assessment.Sebelum bermula lebih jauh,penulis ingin memaklumkan sedikit cerita di belakang Chemical Assessment.Pada awalnya,kami telah didaftarkan atas nama rumah kami,iaitu V3A S4.Kemudiannya penulis terperasan ahli team ini semuanya adalah sama ketika kami menyertai pertandingan futsal suatu ketika dahulu.Jadi penulis mencadangkan agar nama yang sama dipakai untuk mngembalikan nostalgia tersebut,dan kembalilah the legendary Chemical Assessment.

Kamil,Aminbaek,Nas,Zack,Syazwan,Sap,Adi

~Medal kemenangan~

Pertandingan bermula seawal jam 8 pagi,dan disertai oleh 6buah pasukan yang semuanya merupakan pelajar Chemical Engineering Cheme Jan 07.CPL2010 mempunyai Faramel yang rata ratanya pelajar international,The Oreo(juara bertahan),The Nerds,Pejambubeh(pelik kn?),Jogantan,dan juga Chemical Assessment.Pertandingan diadakan menggunakan format liga.

Stylo..hehe

"International" team

Mantap mantap

Doc Nurul Hasan pun main gak..stylo

5 orang je?mana len..hehe

Team derby ngan Chemical Assessment..haha

Dan tanpa disangka sangka,tanpa diduga,pasukan kami,Chemical Assessment telah berjaya menjuarai pertandingan untuk kali ini,dan anugerah Golden Boot juga kepada pemain penyerang pasukan ini Nasrullah Jaafar.Alhamdulilah.Walaupun tidak menjaringkan gol,tetapi kepuasan tetap ada.Hari ini menjadi defender bersama Zack.(tapi still tuka tuka la..hehe).Team ini berjaya merangkul kejuaraan setelah memenangi 4 perlawanan dan tewas 1 perlawanan iaitu kepada Faramel.Tetapi yang paling mngejutkan sudah tentulah kejatuhan pasukan juara bertahan The Oreo ke tangga terakhir liga.Kedengaran kata kata sinis dari pasukan lain “Oreo da kene celup da.”Hehe.

Papepun,it was a great experience.Thanx a lot to Zaki,Khairuddin from organizer team and also of course to all participants yang join pertandingan kali ini.Selepas ini kita akan berpisah selama 8bulan,tapi harapnya kenangan ini dan sebelum ini tidak dilupakan untuk selamanya.Now we are waiting for Cheme Jan 07 Dinner.Come on come on!!

Kita jumpa lagi di CPL2011 k..Selamat berinternship kawan kawan.All the best in final exam

wallahuallam

Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin“[51:55]

~Semester Jan 2010~

Bismillahirahmanirahim

Segala puji kepada Allah ,dengan izin dan rahmatNya ,masih lagi mampu aku menaip pada hari ini,dalam wordpress yang amat baru buat aku,masih lagi mampu bernafas dengan oksigen kepunyaanNya,dan masih lagi mampu mengeluarkan Carbon Dioxide ke alam sekitar yang juga kepunyaanNya.Alhamdulillah

Jadi,setelah tamat Interview Transport Phenomena tadi,berakhirlah sudah secara rasminya kelas kelas untuk semester Jan 2010 ini.Syukur.Untuk semester ini,sebanyak 6subjek yang telah diambil.Transport Phenomena,Process Plant Design,Control Process and Dynamic Control,Engineering Economics,Engineering Team Project dan juga Professional Communication Skill.

Sesi akademik

Subjek yang aku paling minat untuk semester ini ialah Transport Phenomena(TP).Mengapa?Pada awalnya,subjek ini sangatlah menguji minda dan kesabaran dek kerana kesulitan untuk memahami apa yang sebenarnya hendak disampaikan lecturer melalui sylibusnya.Dan keputusannya,markah Test 1 hanyalah 8.Bukan per 10,tetapi per 60.Inilah result yang paling teruk pernah dicapai dalam sejarah hidup.Rasa down teramat sangat.Malah housemates yang lain pula dapat markah yang boleh dibanggakan.Alhamdulillah,dengan sedikit moral yang tinggal dalam diri ni,dengan nasihat yang diberikan lecturer serta keluarga,aku cuba untuk membaiki prestasi dalam TP.Syukur untuk 2 test seterusnya,aku berjaya memperoleh markah atas 50.Selepas interview tadi,ada lagilah peningkatan pada markah tersebut.

Untuk subjek yang paling mengujakan,Professional Communication Skills(PCS).Aku bab bab presentation ni memang down sikit.Dan dapat lak lecturer yang agak strict.Apa nak wat,Terpaksa lah hadapi dengan senyuman.Tadi pas jumpa Dr Sumathi untuk feedback,untuk persuasive presentation memang hancus.Banyak yang aku terlepas pandang.And mengikut Dr Sumathi dia expect aku buat lebih baik dari tu sebab masa technical presentation masa itu,ok la juga presentation aku.Dan ayat paling aku cam kesalkan sangat “You miss the grade because of persuasive presentation”.Argh.Cam nak buat balik je presentation tu.Hehe.Takpe.Cuba sabarkan diri.Grade not everything,Allah lebih tahu apa yang berlaku.Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan aku mendapatkan gred yang baik untuk PCS.

Presentation

Secara overallnya,semester ini boleh la dikatakan sebagai agak memuramkan.Banyak bende dirancang tidak menjadi.Masalah akademik,masalah sosial,masalah hati,kehilangan sahabat perjuangan.Tapi insyaallah,kita tidak sepatutnya melihat pada sudut negatifnya.Cari positifnya walaupun nampak cam tidak ada.

Semester Jan 2010 ini merupakan semester terakhir aku before ke Latihan Industri(Internship).Sehingga hari ini,5th May 2010,aku masih belum ada placement internship lagi.hoho.Offer ada lah beberapa,Kerteh,Petronas MITCO,PETRONAS fertilizer,PETRONAS Lubricant,tetapi PETRONAS Penapisan tetap di hati.Semoga diizinkan Allah untuk berpraktikal di sana.Kat Melaka terjamin sikit.Ada keluarga.Ada saudara yang akan memastikan aku tidak terpesong dari landasan sebenar.Mudah mudahan

Jadi,untuk menutup sesi akademik Cheme Jan 07(CJ7),esok hari khamis,akan diadakan Cheme Premier League 2010,anjuran Zaki Saeed Bahakim dan rakan rakan.Edisi ini adalah edisi kedua di mana yang pertamanya dijuarai oleh Team Oreo.Kawan kawan,nantikan kehadiran Chemical Assesment.Nantikan kejutan dari kami(kejutan ke??haha).Marik kita saksikan secara langsung jam 8.00pagi,di Gelanggang Futsal V5.Ayuh..!!

Logo rasmi CPL2010

Wallahuallam

Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin“[51:55]

« Older entries